Tuesday, May 6, 2014

Kekalkan nombor lama kepada ToneExcel

Setelah anda menyertai program bisnes prepaid ToneExcel Affiliate program ini, anda akan diberikan SIM kad dan nombor baru yang bermula dengan 010 atau 011.
Atas sebab tertentu, anda mungkin mahu terus menggunakan nombor hp lama anda sambil menggunakan perkhidmatan TuneTalk ToneExcel ini untuk menjana pendapatan sampingan setiap bulan. Memang agak sukar kalau kita asyik bertukar nombor hp yang sudah diketahui ramai orang.
Tak perlu risau sebab anda boleh mengekalkan nombor lama anda sekarang sama ada 012, 017, 014, 013, 019, 016, dan lain-lain ke dalam simkad baru TuneTalk ToneExcel anda, proses ini dinamakan Port-In.
Proses port in ini adalah percuma.
Terdapat 2 cara untuk mengekalkan nombor hp lama anda.

1. Buat port-in semasa anda ingin mengaktifkan simkad Tone Excel.

Anda boleh terus mengekalkan nombor lama bila ingin mengaktifkan simkad anda. Boleh rujuk disini untuk kaedah lain pengaktifan simkad.
1) Bagi pengguna my kad
ad nama noSN noPUK noIC alamat poskod  TelcoLama NoHpLama NoIDP
Pilihan:
Jika ada maklumat bank atau kekal no lama, sila sertakan selepas poskod.

2) Bagi pengguna selain daripada mykad (spt kad Tentera, kad Polis)
ad nama noSN noPUK noTentera/Polis tarikhLahir alamat poskod TelcoLama NoHpLama NoIDP
Pilihan:
Jika ada maklumat bank atau kekal no lama, sila sertakan selepas poskod.

3) Bagi pengguna Passport
ad nama noSN noPUK noPassPort Negara tarikhLahir alamat poskod TelcoLama NoHpLama NoIDP
Pilihan:
Jika ada maklumat bank atau kekal no lama, sila sertakan selepas poskod.

dan hantarkan ke 014-705 7769  011-15461301 / 010-8097810
Contohnya:
(Ingat ini contoh sahaja)
ad ros binti orkid 80194321 760732013487 no5 kampung keduak 77200  maxis 01212345678 idp46050

2. Buat port ini  selepas mengaktifkan simkad ToneExcel ini.

Proses ini boleh dilakukan bila-bila masa yang anda rasakan sesuai.
1) Bagi pengguna my kad
pt nama noSN noPUK noIC alamat poskod  TelcoLama NoHpLama
2) Bagi pengguna selain daripada mykad (spt kad Tentera, kad Polis)
pt nama noSN noPUK noTentera/Polis tarikhLahir alamat poskod TelcoLama NoHpLama
3) Bagi pengguna Passport
pt nama noSN noPUK noPassPort Negara tarikhLahir alamat poskod TelcoLama NoHpLama
dan hantarkan ke 014-705 7769  011-15461301 / 010-8097810
Contohnya:
(Ingat ini contoh sahaja)
pt ros binti orkid 80194321 760732013487 no.5 kampung keduak 77200  maxis 01212345678 

Jika anda ingin mengekalkan nombor TuneTalk (SIM kad Tunetalk biasa), semua kredit dan tune talk points anda juga akan dimasukkan ke simkad toneexcel yang baru .
Cara untuk mengekalkan nombor lama anda adalah dengan menggunakan arahan SMS.
Sila ambil perhatian, tentang nota penting di bawah sekali sebelum anda melakukan proses port in
a) Arahan port in(kekalkan no lama) “pt
b) Nama penuh
c) 8 no simkad terakhir (sila rujuk gambarajah di bawah bagaimana untuk dapatkan no siri)


d) IC no atau passport no
e) Alamat sehingga poskod penuh
f) nama telco lama
g) no lama anda
(Nota: Asingkan setiap maklumat dengan satu space, lihat contoh dibawah)

Proses port in mengambil masa antara 4- 48 jam untuk pertukaran no ke simkad toneexcel. Jika selepas 48 jam, nombor masih belum bertukar, ini bermakna permohonan anda telah ditolak oleh pihak telco lama anda. Biasanya disebabkan no lama itu bukan didaftarkaan dengan nombor IC anda.
Contohnya jika anda menggunakan XYZ prepaid, teruskan pakai XYZ prepaid, biasanya dia mengambil masa 24 jam untuk aktifkan nombor baru. Jadi pakai XYZprepaid tersebut hingga anda mendapat pemberitahuan dari XYZ yang perkhidmatan and telah ditamatkan.
Selepas itu baru lah anda gunakan SIMKAD tunetalk tadi dan anda akan dapati SIMKAD tunetalk ini akan menggunakan nombor xyz tadi.
Selesai Pertukaran operator dari syarikat telco lain ke Tunetalk. Bila anda ingin top-up di kedai-kedai, sekarang anda hanya perlu membeli topup tunetalk.
Nota Penting:
Sebelum menukar nombor Toneexcel ke nombor lama anda sila pertimbangkan perkara berikut :
1. Nama dan IC yang didaftarkan pada nombor Toneexcel hendaklah sama dengan Nama dan IC pada nombor lama. 
semak-no-hp
2. Semua baki kredit yang ada pada nombor lama tidak akan dibawa ke simkad Toneexcel. Oleh itu habiskan dulu kredit anda sebelum menukar ke nombor lama. Proses pertukaran hanya mengambil masa 24 jam.
3. Jika nombor lama itu ialah nombor postpaid sila jelaskan semua baki bil sebelum buat pertukaran. Proses pertukaran akan ambil masa 4 ke 5 hari bagi nombor postpaid. Jika ada baki tertunggak, proses port in mungkin akan gagal. Pastikan ia adalah “main line” dan bukan supplementary. Juga pastikan tiada sebarang kontrak dengan telco lama.
4. Pastikan terdapat baki minimum kredit di telco asal anda sebanyak  RM2. Jika baki kredit anda kurang dari RM2, port in tidak dapat dilakukan
5. Sila pastikan contact anda yang terdapat dalam SIM kad nombor lama telah disalin ke telefon anda, kerana setelah port in dilakukan, SIM kad lama anda akan expire dan diblock, dan maklumat dalam SIM kad tersebut tidak boleh dicapai
6. Sekiranya ada menggunakan talian Celcom dan aktifmenggunakan online banking seperti Maybank2u, CIMB Clicks, dll, saya cadangkan anda jangan buat port in, kerana setakat in no port in Celcom masih belum dapat menerima TAC number
7. Ada juga yang beritahu selepas mereka membuat port in, mereka tidak dapat menerima TAC Number dari ebankingseperti Maybank2u, CIMB click dll.
Untuk menyelesaikan perkara ini, saya cadangkan anda pergi ke ATM mechine, tukarkan no phone penerima TAC tersebut kepada no lain, keluarkan ATM kad anda dan masukkan semula ATM kad tersebut dan tukarkan lagi sekali no phone TAC tadi kepada no asal.Ini macam aktivity reset sahaja, dan dengan cara itu setakat ini boleh menerima TAC tersebut ke dalam no hp port in. Teknik ini boleh digunakan untuk semua talian atau telco yang lain kecuali Celcom sahaja.
8. Jika proses port-in TIDAK BERJAYA , sila berhubung terus secara walk-in atau telefon dengan pihak telco lama anda untuk mendapatkan penerangan lanjut tentang mengapa ia tidak berjaya. Jika sudah selesai, boleh hantar arahan pt lagi sekali

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...