MOTOSIKAL yang menggunakan komponen berprestasi dan mempunyai siri nombor.
Akhirnya pengeluar motosikal dari Jepun, Honda memperkenalkan motosikal berkuasa tinggi seperti digunakan dalam perlumbaan MotoGP menerusi RC213V-S.
Menariknya, jentera itu boleh ditempah melalui laman sesawang www.rc213v-s.com yang dibuka 13 Julai ini dan harganya dijual pada RM685,538 untuk pasaran Amerika Syarikat.
Boleh dikatakan ia adalah motosikal paling mahal buat masa ini jika dibandingkan dengan Kawasaki H2R dan Ducati Desmosedici RR.
Dibina berdasarkan model MotoGP Honda, RC213V-S dipercayai menggunakan enjin V4 bersesaran 1,000cc.
Bagi pasaran Eropah, jentera itu ditawarkan dengan dua varian iaitu RC213V-S dan RC213V-S Sports Kit yang mana masing-masing menyalurkan kuasa maksimum berbeza iaitu 159 PS serta 215 PS.
Sistem suspensinya menggunakan jenama Ohlins yang dibina menggunakan gentian karbon itu juga diambil daripada jentera MotoGP.
Ia dipadankan transmisi enam kelajuan yang menggunakan klac kering ‘multiplate’ dengan spring gegelung.
INFO
HONDA RC213V-S SPORTS KIT
- ENJIN: 999cc, empat lejang, penyejuk cecair
- KUASA MAKSIMUM: 215 Ps pada 13,000 rpm
- TORK MAKSIMUM: 118 Nm pada 10,500 rpm
No comments:
Post a Comment