Assalamualaikum.
Hari ni saya nak kongsi cerita bagaimana membuat sebiji burger yang
sedap. Kalau ada sesiapa yang nak buat berniaga, itu lagi bagus. Supaya
pelanggan berpuas hati dan perniagaan kamu pun bertambah maju. Mengikut
tinjauan pendapat yang telah saya lakukan, rasa burger yang sedap
mestilah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
>sedikit pedas
>sedikit manis
>sedikit berkrim
>sedikit berempah
>kaya dengan sos
>aroma yang sedap dan menyelerakan
>penampilan yang menggiurkan
>harganya mestilah murah dan berpatutan
Ok, jom kita start!
Kuali
Sebaiknya
dari jenis besi yang tebal. Memang harganya mahal sikit, sebab ia lebih
bagus kerana haba dari api akan lebih stabil dan menyeluruh. Sebelum
masak cuci kuali dulu. Gunakan axion/sunlight atau yang sama waktu
dengannya. Kebiasaannya peniaga burger tak basuh kuali dengan betul.
Mereka simbah-simbah jer dengan air kemudian gosok dengan scraper. Tak
menjaga kebersihan langsung!
Api
Gunakan
api kecil. Sebabnya ialah, jangan sesekali masak burger pakai api
besar. Nanti daging burger cepat hangus, jadi garing macam keropok dan
rasanya tak best. Hanya memasak burger menggunakan api kecil atau
sederhana saja.
Marjerin
Sapukan
marjerin ke serata kuali. Sapu thin layer saja. Jangan bubuh banyak –
membazir. Ini supaya nanti time nak masak kuali tak melekat. Saya
syorkan 2 jenis iaitu Planta atau Pelangi. Pelangi (keluaran Felda)
lebih murah harganya.
Daging
Sebaikya
daging sudah di-defrost-kan (nyahbeku) terlebih dulu agar cepat masak.
Tapi jika daging tu masih beku – tak apa. Letak saja di kuali, cuma
jangan sesekali gatal tangan besarkan api – inilah penyebab daging
burger keras, garing dan hangus. Biar jer daging tu jadi lembut dan
masak perlahan-lahan. Tak payah sibuk-sibuk letak marjerin, nanti daging
tu akan keluar minyak sendiri.
Teknik Menggoreng
Balik-balikkan
daging burger time memasak. Tak payah sibuk-sibuk tekan daging tu.
Siapa yang ajar? Kalau korang rajin tekan-tekan daging tu, nanti semua
jus daging dia hilang. Daging jadi hilang rasa dan keras! Rasa dah jadi
tak sedap.
Teknik Ketuk Lubang
Teknik
ini sangat bagus, sebabnya ialah selain dari membantu agar daging
semuanya masak, ia juga jadi tempat untuk perencah meresap dan
terperangkap. Selain itu juga, agar daging tetap tebal dan lembut –
terasa apabila digigit dan dikunyah.
Teknik Merempah
Setelah
diketuk-ketuk sampai berlubang, sila pastikan daging telah masak
kemudian tekan sikit daging tu untuk membuang minyak yang berlebihan.
Tekan 2-3 kali jer – jangan over pulak. Lepas tu bubuhlah perencah ikut
step
iaitu:
Worchestershire Sauce – Lea & Perrins. Jangan
letak banyak, ala kadar sahaja.
Kicap Perasa – Saya lebih suka brand Maggi.
Serbuk Lada Sulah (Optional) – Apa-apa brand pun boleh.
Serbuk Lada Hitam (Optional) – Apa-apa brand pun boleh.
Serbuk Kari Daging (Optional) – Apa-apa brand pun boleh.
Air Bawang Putih – Buat sendiri.
Saya
lebih suka guna serbuk lada hitam menggantikan serbuk lada sulah
sepenuhnya sebab rasanya lebih best dan mantap serta nampak eksklusif.
Lepas
selesai semua perencah, anda balikkan daging sekali, lepas tu tekan
sekali jer dan angkat. Letak kat roti yang telah disediakan. Sekali lagi
ditekankan, pastikan memasak daging jangan over cook, nanti rasa dia
hilang dan keras.
Air Bawang Putih
Ia
bertujuan untuk mengelakkan daging jadi over dry. Air bawang putih akan
menggantikan jus daging yang sebahagiannya telah hilang waktu proses
memasak tadi. Cara buatnya senang jer. Korang kupas bawang putih lepas
tu ketuk bagi hancur. Masukkan dalam botol, bubuh air dan goncang! Tak
payah bubuh garam tau.
Roti Burger
Lepas belah dua, korang sapu marjerin.
Sapu
thin layer saja tapi menyeluruh. Bakar roti di kuali di bahagian isi
tengah saja. Bahagian kulit atas dan bawah jangan bakar. Karang
berminyak dan lembik pulak. Jangan gatal-
gatal
tangan tekan roti tu time membakarnya. Lepas bahagian yang dibakar tu
dah jadi perang sikit, korang angkatlah. Sebaiknya letak atas alas
berjaring bukan di tempat yangg rata seperti pinggan. Letak kat alas
berjaring akan membuatkan hot air circulation pada roti lancar. Roti
jadi gebu, garing dan mantap. Jika korang letak kat tempat flat, roti
nanti jadi lembik.
Sayur
Lepas roti dah dibakar. Korang bubuhlah sayur. Ni ada beberapa pilihan sayur.
Salad, lettuce, kobis, tomato, bawang kuning / Holland, timun.
Salad, lettuce dan kobis – sebaiknya korang hiris ler. Kobis tu paling bagus kalau dihiris
halus2, baru ler mantap. Tomato juga perlu dihiris. Bawang korang boleh
pilih sama ada nak hiris atau potong dadu. Timun lebih baik kalau timun
jepun – lebih rangup dan tiada risiko liat dan pahit seperti timun
biasa. Saya suka combine lettuce/kobis + bawang potong dadu + timun
jepun.
Sos Cili
Sebaiknya
gunakan sos cili yang ada brand la seperti Maggi, Kimball etc. Saya
lebih suka sos cili jenis ala Thai agar rasanya tidak masam. Jangan
pakai sos cili murah, nanti rasa burger tak sedap.
Sos Tomato
Kalau nak gunakan sos tomato, carilah yang rasanya kurang masam. Gunakan sedikit sahaja. Saya tak suka sos tomato.
Sos Lada Hitam
Kalau
letak ni pun sedap… tambah sodap. Syaratnya pastikan sos lada hitam tu
pedas-pedas manis sikit. Korang boleh adjust sendiri dengan kicap manis
cap Kipas Udang + sedikit gula atau madu. Insya’allah sedap.
Mayonis
Mayonis
yang paling sesuai ialah brand Ladys Choice. Tapi harganya mahal. Brand
murah rasanya agak masam sedikit – masam tak bagus untuk burger
citarasa Malaysia ini. Kalau korang nak jimat, korang beli jer mayonis
pakai paket jenama murah sikit. Lepas tu korang adjust dengan menambah
gula castor atau gula icing barang sesudu dua lepas tu gaul rata.
Keju
Kalau nak letak keju pun boleh, cuma mahal ler sikit.
Telur
Guna
telur ayam yer, bukan telur itik atau penyu. Telur ni untuk Benjo
sahaja mulanya. Tapi sekarang dah jadi trend burger tambah telur jadi
burger special. Ada macam-macam fesyen dan teknik. Ada yang masak pakai
acuan (old style), ada yang buat dadar lepas tu lipat dan ada yang buat
dadar lepas tu bungkus daging burger.
Bagi
saya, jika nak rasa telur tu benar-benar terasa ialah dengan mengunakan
teknik acuan. Telur akan utuh dalam bentuk alaminya dan ketebalannya
itulah yang menyebabkan rasa telur itu muncul. Kalau dah jadi pembungkus
daging, rasa telur tu dah kalah habis oleh rasa daging. So what for
letak telur? Ia lebih kepada untuk membuat mata para pelanggan
tertarik aja. Tapi ingat… makan burger pakai mulut, gigi, lidah dan
tekak… bukan pakai mata! Tapi selera orang lain-lain. Lantak dia ler.
Madu
Korang
juga boleh cuba letak madu pada daging burger. Guna madu murah sahaja
seperi brand Tesco etc. Saya dah test, ramai orang suka.
Habis
dah pun cerita pasal resepi memasak burger. Ingat, burger yang sedap
harus berasa sedikit manis, sedikit pedas dan agak “soggy”/”basah”. Rasa
masam akan merosakkan rasa burger.
No comments:
Post a Comment