Sunday, February 7, 2016

Teknik Memancing Secara Ringkas Untuk Newbies


1) Bottom/ Bawah
Teknik yang biasa kita gunakan untuk memancing di dasar laut..batu ladung sampai ke dasar laut/sungai (cth Ikan - merah, jenahak dll)

2) Casting
Teknik balingan umpan dan karau(tarik) perlahan2 atau laju.. biasanya gunakan umpan ikan tiruan lain seperti rapala,soft lure atau katak tiruan seperti jumpfrog untuk dalam air..umpan tiruan ini akan berikan aksi seperti ikan/katak hidup bila di karau(tarik) selepas kita cast(baling). (cth ikan - GT, talang,toman,sebarau dll)

3) Popping
sama sepeti casting cuma popper untuk umpan permukaan laut atau air, bila ditarik atas permukaan akan menghasilkan percikan air. (cth ikan - GT,haruan,toman,sebarau dll)

3) Throlling(teknik tundaan)
Teknik ini menggunakan umpan yang ditunda dengan bot yang bergerak perlahan. umpan boleh digunakan umpan tiruan atau ikan mati yang keras seperti tongkol. (cth ikan -tenggiri, barracuda)

4) Drifting
Teknik nih menggunakan umpan hidup yang dilepaskan secara bebas . Kalau guna umpan mati / air takda arus mengunakan belon disangkut pada perambut untuk biar umpan itu merayau2 di laut.  (cth ikan- tenggiri, layaran)

5) Jig
Mengunakan umpan besi dengan kaedah lepaskan umpan tiruan hingga ke bottom kemudian di jig (tarik megejut dan karau dengan laju)  ke atas. (cth ikan - tuna, GT, amberjack)

6)Floating
Teknik menggunakan pelampung dan umpan yg digunakan selalunya adalah umpan hidup seperi udang/anak ikan (cth ikan siakap,MJ)

JIKA ANDA MERASA POSTING INI BERGUNA SILA LAH "LIKE PAGE INI" DAN SHARE POSTING INI

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...