Sunday, August 27, 2017

15 Tempat Menarik di Langkawi - Mesti Pergi - Mai Singgah




Tempat Menarik Di Langkawi dari pandangan saya, saya senaraikan di bawah. Mungkin sesetengah orang lain mempunyai senarai yang berbeza. 

Langkawi memang terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan. Pelbagai tarikan yang ada di Langkawi menjadikan pulau ini sentiasa dikunjungi pengunjung dari dalam negeri dan juga elancong dari luar negara.

Berikut saya senaraikan tempat-tempat menarik di Langkawi beserta sedikit info seperti kadar bayaran, waktu ia beroperasi dan sedikit TIPS jika ke tempat tersebut.

Cuma tempat menarik di Langkawi tanpa bayaran agak terhad disini. Kebanyakkannya tempat tarikan perlulan bayaran untuk masuk. 

Dan jika ada yang mencari tempat menarik di Langkawi pada waktu malam, saya rasa tidak banyak tempat atau aktiviti. Kebiasaanya pelancong atau penggunjung hanya akan habiskan masa malam mereka dengan shopping apa yang patut setelah seharian berjalan ke sana sini.

Sebelum lihat 15 tempat menarik di Langkawi yang saya senaraikan.... boleh baca juga entry saya mengenai trip saya ke Langkawi. Jalan-jalan Ke LangkawiIni perkongsian trip kali ke dua saya ke Langkawi

TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI


1. Kereta Kabel Langkawi / Langkawi Cable Car

Tempat Menarik di Langkawi
Langkawi Cable Car


Langkawi Cable Car turut dikenali sebagai Panorama Langkawi boleh dikatakan sebagai satu destinasi wajib jika bercuti ke sini.

Kereta Kabel Langkawi ini bukan sahaja dikatakan sebagai kereta kabel tercuram di dunia, malah turut dikatakan sebagai yang terpanjang di dunia dengan jaraknya sepanjang 2.2 km. Siapa yang pernah menaiki kereta kabel ini pasti tahu betapa curamnya kereta kabel ini, agak jauh berbeza dengan kereta kabel di Genting Highland.

Kereta Kabel Langkawi ini terletak di Gunung Mat Chinchang berhampiran Pantai Kok.  Jika dari Pekan Kuah mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan ke sini, manakala jika dari Langkawi Airport atau Pantai Cenang hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit perjalanan.

Ia mempunyai 3 station iaitu Base StationMiddle Station dan Top Station. Jarak dari Base Station ke Middle Station adalah 1,700 meter dan ketinggianMiddle Station ini adalah 650 meter dari aras laut. 

Gondola kereta kabel akan berhenti di Middle Station tetapi saya tak galakkan untuk turun ke sini kerana apabila turun di sini kita akan perlu menunggu agak lama untuk gondola yang kosong berhenti di Middle station ini. Ada gondola kosong, baru boleh sambung perjalanan.

Di Top Station (station paling atas), pengunjung dapat menikmati Pulau Langkawi secara 360° panoramic view. Nikmatilah pandangan dari atas ini puas-puas.

Jika datang pada cuti sekolah atau pun pada public holiday, jangkakan masa beratur yang lama. Mungkin perlu beratur beberapa jam. 

Di Langkawi Cable Car ini turut terdapat tarikan lain selain kereta kabel itu sendiri seperti SkyBridge, SkyDome, SkyRex dan F1 Simulator. Boleh layari http://www.panoramalangkawi.com/

Terdapat 3 jenis gondola di sini iaitu Gondola biasa, Gondola VIP dan  Gondola Lantai Kaca. Setiap satu gondola berbeza harga. 

Tempat Menarik di Langkawi
Gondola Lantai Kaca


Waktu Operasi
Dibuka seawal 8.30 pagi pada hari tertentu. Pada hari tertentu, ia mula beroperasi agak lewat iaitu pada jam 12 tengah hari. 

Perlu ambil tahu juga hari Langkawi Cable Car ini di tutup sama ada monthly closure atau yearly closureUntuk jadual sebenar ia beroperasi bioleh klik laman web rasmi di http://www.panoramalangkawi.com/calendar/

Kadar Bayaran

Gondola Biasa :-
(Tiket Kombo beserta pass ke 3D Art Langkawi, SkyDome dan SkyRex)
Malaysian - Dewasa (RM 40) / Kanak-Kanak (RM30) 
Non-Malaysian - Dewasa (RM 55) / Kanak-Kanak (RM40) 
* Tambahan RM 50 untuk Express Lane

Gondola Lantai Kaca / Bottom Glass Gondola :-
(Tiket Kombo beserta pass ke 3D Art Langkawi, SkyDome dan SkyRex)
Harga - RM 105 seorang

Untuk harga tiket lain sila layari http://www.panoramalangkawi.com/buy-ticket/




2. Skybridge



Tempat Menarik di Langkawi
Skybridge Langkawi

Skybridge ini terletak di puncak Gunung MaChinchang dan ia bersambung dengan Top Station Kereta Kabel Langkawi. 

SkyBridge ini merupakan "the longest free span and curve bridge di dunia. 

Alang-alang telah menaiki kereta kabel ke puncak Gunung MaChinchang, sambung lah pula menikmati keindahan Langkawi dari Skybrdge ini.

Boleh la mencuba melalui jambatan in (SkyBridge) untuk menguji tahap ketahanan gayat, cuma perlukan sedikit keberanian sahaja.

Pandangan Pulau Langkawi 360° dari sini pasti mempersonakan apatah lagi ketika matahari hampir terbenam.


Kadar Bayaran
Dewasa : RM 5/ Kanak-kanak : RM 3
Tiket boleh dibeli di Top Station


3. 3D Art Langkawi



Tempat Menarik di Langkawi

3D Art Langkawi ini boleh dikatakan antara tarikan terbaru di Langkawi dan menjadi satu destinasi yang seakan wajib jika bercuti ke Langkawi. 

Muzium 3D Art ini dengan keluasan lebih 21000 kaki persegi, pasti banyak masa boleh dihabiskan di sini. 

Muzium ini dibahagikan kepada 9 zon dengan terdapat lebih 100 gambar lukisan 3D yang cukup menarik di pamerkan di sini.... semuanya untuk tatapan pengunjung.

Tun M bersalaman dengan Tun M : Sumber Google Image
Sediakan bateri camera atau handphone secukupnya kerana pengunjung pasti akan mengambil banyak gambar di sini. Jika anda suka bergambar dan datang secara berkumpulan, jangkakan juga banyak masa yang akan diluang di sini.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi mereka di http://www.panoramalangkawi.com/3d-art-langkawi/

Kadar Bayaran
Malaysian - Dewasa (RM 30) / Kanak-Kanak (RM30) 
Non-Malaysian - Dewasa (RM 38) / Kanak-Kanak (RM 28) 


4. Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi Tempat Menarik di Langkawi
Underwater World Langkawi 

Underwater World Langkawi telah di bina lebih 20 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1995. Keluasannya melebihi 60,000 kaki persegi menjadikan ia antara aquarium marin dan air tawar terbesar di South East Asia.

Underwater World Langkawi ini terletak di Pantai Cenang dan turut menjadi satu destinasi utama pelancong ke Langkawi.

Pelbagai hidupan laut terdapat di sini dan pastinya yang paling memukau adalah telatah sekumpulan penguin-penguin. 

Waktu Operasi
10.00 pagi hari biasa
9.30 pagi cuti sekolah atau public holiday 

Kadar Bayaran

Malaysian - Dewasa (RM 36) / Kanak-Kanak (RM 26) 
Non-Malaysian - Dewasa (RM 46) / Kanak-Kanak (RM 36) 

Untuk maklumat lanjut boleh klik laman web rasmi di http://www.underwaterworldlangkawi.com.my 



5. Dataran Helang

Dataran Helang Tempat Menarik Langkawi
Dataran Helang 

Dataran Helang ini merupakan satu mercu tanda Pulau Langkawi. Jika anda menginap di sekitar Pekan Kuah atau datang ke Langkawi dengan menaiki feri, boleh lah singgah di Dataran Helang ini.

Tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini kecuali bergambar dengan tugu helang ini. 

Sesuai untuk mereka yang menginap berdekatan Pekan Kuah atau mereka yang mempunyai banyak masa terluang di Langkawi ini.

Bergambar di sini memang agak cantik dan menarik terutama disebelah petang. 

Kadar Bayaran
Tiada bayaran dikenakan untuk ke sini.


6. Kota Mahsuri / Makam Mahsuri

Kota Mahsuri - Tempat Menarik Di Langkawi
Kota Mahsuri / Makam Mahsuri

Langkawi terkenal dengan lagenda Mahsuri. Jadi jika bercuti ke sini, ambil peluang untuk mengenali dengan lebih dekat kisah Mahsuri ini. 

Kota Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Ia terletak di Mukim Ulu Melaka sekitar 12km dari Pekan Kuah. 


Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.


Makam Mahsuri - Tempat Menarik Di Langkawi
Makam Mahsuri

Setiap petang Jumaat - Ahad, pementasan lagenda Mahsuri akan dipersembahkan kepada pengunjung. Sambil menikmati persembahan, pengunjung akan turut disajikan dengan iringan muzik tradisional yang mengasyikkan.


Untuk maklumat lanjut jadual persembahan, boleh klik laman web rasmi di http://kotamahsuri.com/

Waktu Operasi
08.30 pagi - 06.00 petang ( Isnin - Ahad)



Kadar Bayaran

Malaysian - Dewasa (RM 12) / Kanak-Kanak (RM 6)
Non-Malaysian - Dewasa (RM 17) / Kanak-Kanak (RM 7)



7. Kilim Geopark

Kilim Geoforest Park
Kilim Geoforest Park

Kilim Geopark atau nama tepatnya adalah Kilim Karst Geoforest Park Langkawi. Kilim Geopark ini merangkumi keluasan 100 km persegi. Dikenali sebagai 'Geopark' kerana ia diiktiraf oleh UNESCO. 

Di Langkawi ini selain Kilim Geopark, terdapat lagi dua kawasan yang diiktiraf oleh UNESCO iaitu Machinchang Cambrian Geopark dan Dayang Bunting Marble Geopark

Boleh layari laman web rasmi tourism Langkawi untuk maklumat lanjut di http://naturallylangkawi.my/about-langkawi/

Di Kilim Geopark, pengunjung akan disajikan keindahan, keunikan dan ketenangan apabila  menyusuri hutan paya bakau, tasik, gua sambil melihat gunung-ganang dan pulau-pulau di kawasan ini.





Untuk ke Kilim Geopark ini, pengunjung perlu dmenaiki bot  di Jeti Kilim yang terdapat di Kampung Kilim. 

Kadar Bayaran

Bergantung kepada saiz bot dan masa durasi tour.
Pakej serendah RM 250/bot boleh didapati untuk tour 1 jam.


Terdapat pelbagai pakej untuk dipilih. Harga bergantung kepada masa tour iaitu sesingkat 1 jam atau pun tour sehingga 4 jam. Lagi lama masa tour, lagi banyak aktiviti boleh dibuat dan lagi banyak tempat akan disinggahi.

Di bawah ini adalah harga pakej yang di cadangkan oleh persatuan. Walau bagaimana pun, dapatkan harga pakej di jeti.


Pakej Kilim Geopark
Harga Pakej Kilim Geopark




Jika tidak mahu menyewa satu bot, boleh datang ke jeti dan menunggu bot yang di 'pool' tetapi perlu menunggu sehingga bot penuh baru tour akan bermula.

8. Langkawi Wildlife Park / Bird Paradise





Langkawi Wildlife Park juga dikenali sebagai Bird Paradise kerana di sini terdapat beratus spesis burung. 

Bird Paradise ini terletak di kawasan Kilim dan jaraknya dari Pekan Kuah lebih kurang 15 km sahaja. Lebih tepat lagi ia terletak di Lot 1485 Kg Belanga Pecah, Jalan Ayer Hangat.  Jika menggunakan WAZE, cari sahaja Lagkawi Wildlife Park.

Burung-burung di sini diletakkan di dalam 'taman' bertutup dengan pagar setinggi 15 meter jadi pengunjung akan dapat melihat burung-burung dalam keadaan yang lebih bebas.

Selain burung-burung, terdapat pelbagai haiwan lain seperti buaya, ular sawa, rusa, ostrich, monyet spesis bervet dan banyak lagi.


Untuk maklumat lanjut, boleh klik laman web rasmi di http://www.langkawiwildlifepark.com/  atau boleh juga ke FB rasmi mereka di pautan https://www.facebook.com/langkawiwildlifepark/

Waktu Operasi
08.30 pagi - 07.00 petang ( Isnin - Ahad)
Waktu akhir kemasukan adalah jam 6 petang.



Kadar Bayaran


Malaysian - Dewasa (RM 24) / Kanak-Kanak (RM 14)
Non-Malaysian - 
Dewasa (RM 39) / Kanak-Kanak (RM 22)



9. Galeria Perdana

Galeria PerdanaTempat Menarik Langkawi
Galeria Perdana

Galeria Perdana ini sebenarnya adalah ilham Tun Mahathir sendiri. Ia terletak di kawasan Kilim dan hanya 14 minit dari Pekan Kuah. Jaraknya dari Langkawi Wildlife hanya lebih kurang 2 km sahaja.

Di sini tersimpan ribuan hadiah, cenderahati, hadiah dan anugerah yang diterima oleh Tun Mahathir Mohamad dan di persembahkan kepada rakyat untuk tatapan semua. bagi Tun, apa yang diterima sepanjang khidmatnya sebagai Perdana Menteri adalah hak milik rakyat Malaysia kerana dia mewakili seluruh rakyat Malaysia.

Waktu Operasi
08.30 pagi - 05.30 petang (setiap hari) 
08.30 pagi - 06.00 Cuti sekolah / public holiday



Kadar Bayaran



Dewasa (RM 10) / Kanak-Kanak (RM 4)



10. Pantai Cenang

Sunset di Pantai Cenang
Pantai Cenang merupakan satu destinasi utama pengunjung ke Langkawi terutamanya pelancong dari luar negara.

Tarikan utama Pantai Cenang bukan sahaja pantainya yang cantik dan keindahan ketika matahari terbenam, tetapi turut menarik minat pengunjung dan pelancong kerana terdapat kemudahan yang disediakan di sini.

Pelancong asing meminati kawasan ini mungkin kerana tempatnya yang lebih happenng terutamanya pada waktu malam.

Kedai-kedai dan restoran sentiasa menjadi tumpuan pelancong di kawasana ini.


11. Pantai Tanjung Rhu



Sunyi dan mendamaikan. 
Jika Pantai Cenang menjadi tumpuan kerana suasananya yang meriah dan happening, Pantai Tanjung Rhu pula sebaliknya.

Pantai Tanjung Rhu lebih sunyi dan lebih mendamaikan. Pengunjung ke sini tidak seramai di Pantai Cenang. Terletak betul-betul dihujung....'tanjung' betul.

Pantai Tanjung Rhu agak landai dan sesuai untuk bersantai. Ada beberapa gerai dan kedai makan di sini. Jika ingin dapatkan harga pakej boat (mangrove tour, island hoping dll) boleh dapatkan di sini juga. Ada beberapa operator membuka kaunter di sini.

View memang cantik sebab mengadap pulau-pulau kecil dan batuan-batuan. Masa di sini, boleh lah bayangkan macam berada di Phuket ( ala-ala Pulau James Bond) 😉

Sebelum sampai ke Tanjung Rhu tu sebenarnya, ada satu pantai lagi yang terletak di hadapan pejabat Kastam Diraja Malaysia. Tak silap selepas restoran Fish n' Chip. Pantai di sini agak memanjang, tapi nak mandi manda tu kena berhati-hati sikit sebab air laut yang agak dalam dan pantainya tak landai.  Saya perhatikan ada juga pengunjung yang mandi, tapi tak ramai lah. Rasanya pantai ni lebih kepada untuk aktiviti pantai jetski dan paragliding.

Pantai hadapan Pejabat KastamAirnya yang agak dalam, agak tidak sesuai untuk bermandi manda

Pantai Tanjung Rhu
Pantai hadapan Pejabat KastamBeberapa operator menyediakan perkhidmatan sewa jetski, paragliding dan juga banana boat

12. Pantai Pasir Hitam




Pantai Pasir Hitam agak unik kerana pasirnya yang bewarna hitam. Pantai ini agak tidak sesuai untuk mandi manda kerana ombak agak kuat dan juga airnya agak dalam.

Pantai ini tidak ramai pengunjung tetapi pelbagai kemudahan disediakan. Di sini juga terdapat deretan kedai menjual cenderahati dan pakaian serta terdapat gerai makanan.


Pantai Pair Hitam Langkawi
Gerai Pantai Pair Hitam Langkawi

Pantai Pair Hitam Langkawi
Cenderahati di gerai Pantai Pair Hitam Langkawi

Pantai Pair Hitam Langkawi
Gerai Makan  Pantai Pair Hitam Langkawi


Terdapat cerita tersendiri mengenai Pantai Pasir Hitam ini. Mengikut cerita dongeng rakyat tempatan adalah kerana Perang Saudara di antara Kerajaan Darat dan Kerajaan Laut. Selebihnya boleh baca di papan info yang terdapat ketika menuruni tangga ke pantai ini.

Pantai Pasir Hitam Langkawi
Pantai Pasir Hitam Langkawi

Manakala dari sudut sains pula, penerangannya pasti jauh berbeza dengan kisah dongeng tadi. Juga perlu dibaca di papan info.






13. Tasik Dayang Bunting 




Tasik Dayang Bunting terletak berhampiran Pekan Kuah. Walau bagaimana pun, untuk ke sini para pengunjung perlu mengambil pakej island hoping yang disediakan dengan menaiki bot dari jeti Pekan Kuah. Masa perjalanan dengan bot laju lebih kurang 15 minit.

Pakej island hoping serendah RM 35 ditawarkan untuk pengunjung.

Tasik Dayang Bunting ini turut mempunyai ceritanya sendiri. Cerita orang dulu-dulu kononnya Tasik Dayang Bunting ini menjadi tempat tumpuan puteri kayangan  bernama Puteri Mayang Sari untuk mandi di sini. Ia menjadi satu cerita dongeng yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.

Tasik Dayang Bunting ini terletak di Pulau Dayang Bunting ( pulau ke dua terbesar selepas Pulau Langkawi). Ia mendapat nama 'Dayang Bunting' kerana di pulau tersebut terdapat sebuah gunung yang kelihatan seperti 'seorang" wanita yang sedang hamil berbaring. Sekali pandang lengkap dengan kepala, tangan dan perut seperti gambar di bawah.

Dayang Bunting. Sumber : Supermenmalaya.blogspot


Tasik Dayang Bunting ini menjadi tumpuan bukan sahaja untuk aktiviti mandi manda, tetapi ada yang datang untuk minum air di sini. Kata orang dulu-dulu, nak 'bunting' bolehlah mencuba minum air di sini. Ini cerita orang dulu-dulu, sekarang sudah jarang diperkatakan kerana masyarakat telah sedar bahawa itu adalah tidak benar.

Jeti Tasik Dayang Bunting. Kredit : Panaromio.com

Air Tasik Dayang Bunting ini sangat dalam jadi jika datang untuk mandi, pastikan memakai jaket keselamatan (jaket pelampung) yang disediakan di jeti. Jika anda pandai berenang sekalipun,pakai lah jaket untuk keselamatan kerana airnya sangat dalam. Seboleh-bolehnya elakkan dari membenarkan anak-anak mandi di sini dan pantau mereka dengan rapi ketika berada di atas jeti.

Jeti Tasik Dayang Bunting. Kredit : supermeng.blogspot.com

Jika tidak mahu mandi, cukup sekadar duduk di atas jeti sambil menjulur kaki ke dalam air tasik.

Kredit : supermeng.blogspot.com







14. Gunung Raya

Vewing Tower Gunung Raya
Vewing Tower Gunung Raya

Gunung Raya merupakan gunung tertinggi di Pulau Langkawi. Perjalanan mendaki (menggunakan kenderaan) mengambilmasa lebih kurang 20 minit. Tidak banyak kenderaan dan pengunjung ke sini.

Tidak ada aktiviti yang boleh dilakukan di sini kecuali melihat keindahan sekeliling Pulau Langkawi dari puncak Gunung Raya ini.
Jika cuaca baik, Perlis dan Thailand boleh kelihatan dari puncak ini.

Terdapat sebuah viewing tower yang mengenakan bayaran untuk naik ke atas.

Sila baca catitan saya ketika saya ke sini untuk menikmati keindahan sewaktu matahari terbenam.


Saat matahari terbenam dari Puncak Gunung Raya


15. Kedai Bebas Cukai HIG / Rams / Idaman Suri dll



Ini bukanlah tempat menarik untuk di lawati TETAPI tempat yang boleh dikatakan wajib disinggahi jika ke Langkawi.

Pelbagai barangan pada harga murah ( bebas cukai) boleh di dapati di sini seperti beg luggage, coklat dan juga pinggang mangkuk.

Kedai-kedai bebas cukai ini terletak di Pekan Kuah dan berhampiran di antara satu sama lain.

Saya kongsikan pengalaman membeli belah barangan bebas cukai ini di Langkawi di entry berikut :


Kredit :  http://mat-drat.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...