Friday, August 18, 2017

Jet Pejuang Sukhoi-57 Baharu


RUSSIA memperkenalkan pesawat pejuang ‘ghaib’ supersonik baharu, yang akan membuatkan ketumbukan tentera udara seluruh dunia kagum dan ‘cemburu’.
Jet Sukhoi-57 tercanggih bernilai £120 juta (RM660 juta) itu bakal menyaingi pesawat F-22 Raptor milik Amerika Syarikat (AS) dan Chengdu J-20 yang dimiliki China.
Jurucakap Kremlin berkata, jet pejuang stealth generasi kelima itu dikenali sebagai Su-57 akan menjalani ujian berikutnya selama setahun sebelum memasuki perkhidmatan ketenteraan pada tahun 2019.
Lapor Harian Metro melalui Agensi, ia berupaya terbang dengan kelajuan maksimum 2,599 kilometer sejam (kmj).
Pesawat itu dipanggil ‘PAK FA’ dan ‘T-50’ semasa pembinaannya.
Russia berkata, Su-57 akan mengguna pakai teknologi stealth paling canggih bagi menyukarkannya dikesan oleh radar musuh.
Menurut Newsweek, jet terbabit akan menggunakan peluru berpandu K-77M dengan jarak lebih 200km manakala peluru berpandu milik AS, AIM-120D Scorpion hanya memiliki jarak kira-kira 160km.
Pengeluar penerbangan ketenteraan Russia mendakwa ia lebih murah berbanding yang dikeluarkan pesaingnya AS.
Pasukan tentera negara itu akan menerima 12 pesawat kumpulan pertama nanti.

Sumber : Perak today

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...