Monday, October 16, 2017

Pembelian nombor pendaftaran kenderaan online JPJ

Salam semua..apa khabar???

Bersawang berhabuk dan sebagainya..lama gila tak menulis blog...tetiba terpanggil tuk tulisan blog harini...haha..sebab google punya google tak ada lagi insan yang mengajar cara2 untuk membeli no pendaftaran secara online..bila da beli on9 korang tak payah lah nak bayar runner..jimat duit dan jimat masa sebab tak payah beratur amek nombor di pejabat JPJ..cuma perlu pergi ke JPJ sekali untuk mendapatkan login ID..

Saya baru je berjaya membeli no pendaftaran kenderaan secara online hari selasa lepas..walaupun berbagai dugaan akhirnya berjaya!!! Syukur..maklumlah baru beli kereta pertama mestilah nak kan nombor yang disukai..

Oklah, tanpa melengahkan masa cara2nya:

Mula2 search website jpj... Pastu pi ke daftar masuk..mcm sy ckp td pi dulu dapatkan login id di pejabat jpj berdekatan..hanya perlu bawa IC dan jari..haha..tiada bayaran dikenakan dan proses pun tak mengambil masa yg lama..once dah ada login id, nak buat apa2 urusan dgn jpj senang..nak cek saman pun leh..hehe

Masukkan ID pengguna iaitu IC anda dan password..
Lepas tu akan keluar page macam ni..pilih kenderaan...


Lepas tu klik dekat bawah tu ada tempahan no pendaftaran...

Selepas tu isi form dekat atas tu...kalau nak tahu no semasa klik pada "Papar no pendaftaran kenderaan terkini"


Contohnya no pendaftaran terkini Kuala Lumpur ialah WC 1152 M..jadi no yg ada ialah no dari 1152-9999..kalau nak no 280 dah terlepas lah..kena tunggu siri baru keluar..no KL ambil masa seminggu jgk untuk tukar siri baru...no yg available dekat website adalah nombor running atau semasa..iaitu no yang tak special langsung..bukan no berganda..bukan no dari 1-100..

http://www.jpj.gov.my/panduan-memohon-nombor-pendaftaran-kenderaan

Kalau selection tu korang pilih julat..masukkan no tak lebih dari lingkungan 50 nombor..contohnya 150-200 atau 200-250..bila dah pilih dia akan keluarkan nombor apa yg tinggal.




Lepas dah pilih nombor tekan seterusnya. Anda akan dibawa  ke page pembayaran. Saya suggest anda guna kredit kad sebab lebih mudah dan cepat. Kalau bayar guna cimbclicks etc, nanti dia bawak pi page cimbclicks, kena login pastu kena tunggu tac number lagi..pastikan juga internet laju dan tiada gangguan untuk memastikan transaksi berjalan lancar ye.



Lepas dah buat pembayaran. Nak tahu status boleh pergi klik dekat perkhidmatan lain. Dan dekat bawah tu klik "Sejarah Transaksi Dalam Talian"




Tengoklah daripada pukul 3:18 petang saya cuba beli nombor tak berjaya dan akhirnya pukul 8:00 malam macam tu baru berjaya. Semua sebab internet connection tak berapa bagus menyebabkan secure code datang banyak kali dan salah key in..kad sampai kena block dan terpaksa call CIMB. Mujur akhirnya dapat juga nombor yang diingini. hehe...
Bila Transaksi menunjukkan "Menunggu" ia akan mengambil masa lebih dari setengah jam tuk bertukar ke "Gagal" bila guna cimbclicks. Masa tu nak beli nombor pape yg lain transaksi akan disekat oleh website JPJ. Merana nak tunggu nak try beli balik nombor. Berbeza dgn kredit kad, lebih cepat status tu bertukar...

Haritu saya tunggu lama jugak nak dapat no baru. Seminggu saya tunggu JPJ bukak nombor baru..Dari pengalaman sy, sepanjang hari monitor..No siri baru dibuka bila no dah sampai 9500 ke atas. Jadi get ready. Ni untuk nombor pendaftaran KL. Saya tak pasti untuk negeri lain macam mana. Sebab nombor KL paling laku sekali...hahaha...orang bukan KL pun sibuk beli nombor KL..no offence :P

Oklah itu sahaja dari saya. Dont hesitate to ask me a question. Letakkan soalan2 anda di bahagian comment. Sekarang sesiapa sahaja boleh mendapatkan nombor yang diingini...tak perlu membayar lebih. Sekian. Masa rehat pun dah habis..Loceng dah berbunyi..Jom sambung buat kerja.


Tata :D

kredit : kayro0n

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...