Sunday, January 14, 2018

Rambut Gugur? Cuba Buat DIY Jus Bawang Dan Madu Untuk Hilangkan Masalah Rambut Gugur



Oleh Feyra Nasrom Sumber abangterlajaklaris
Bawang mengandungi sulfur dimana ia bertindak memperbaiki peredaran darah , merangsang folikel rambut dan membantu pertumbuhan rambut. 
Kajian mengatakan bawang sangat berguna untuk merawat masalah rambut gugur. Dari segi kelemumur malah jangkitan kulit, uban dan sebagainya  bawang merupakan  pengubat yang paling sesuai dan berkesan digunakan. 
Cara nak menggunakan bawang sebagai ubat kepada masalah ini, mereka perlu menggunakan jus bawang 2 kali sehari selama 2 bulan dan cara ini akan menggalakkan pertumbuhan semula rambut . Jadi, cara-cara nak buat jus bawang ni korang boleh  tengok sini : 
Bahan-bahan yang diperlukan : 
-bawang merah
-madu
-Minyak pati pilihan kornag sendiri, sebagai contoh minyak lavender

Cara-cara: 
-Korang kupas dan cincang bawah merah
-Ambil penapis dan tekan bawang yang dicincang hingga keluar jus
-Kemudian korang masukkan 1-2 sudu teh madu dalam jus  bawang. 
-Jangan lupa titiskan beberapa titik minyak pati ( minyak lavender)


Cara ini sekaligus akan membuatkan rambut korang tumbuh dengan baik. Madu pula akan membuatkan rambut korang jadi licin dan berkilat. 

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...