Kredit Hello Doctor.
Selepas seharian menahan dahaga dan lama, berbuka puasa menjadi salah
satu nikmat bagi yang berpuasa dan apa yang pasti, rata - rata
menginginkan sesuatu yang menyegarkan sebagai juadah berbuka.
Salah satunya ialah, air sejuk atau pun minuman berais yang pastinya
menjadi pilihan orang yang berpuasa. Namun begitu, tanpa sedar ia
sebenarnya tidak baik untuk kesihatan tubuh badan manusia dan ini antara
sebabnya.
1. Pencernaan Lemak
Lemak terdiri daripada 2 kompaun iaitu gliserol dan asid lemak yang
bergabung menjadi trigliserida. Disebabkan trigliserida bersifat takut
kepada air (hydrophobic), ini membuatkannya tidak larut di dalam air.
Sedangkan enzim lipase yang digunakan untuk menguraikan lemak tersebut
adalah jenis yang larut dalam air sahaja.
Badan menangani keadaan ini dengan merembaskan garam hempedu yang
akan membuatkan gumpalan lemak tadi pecah menjadi gumpalan yang kecil
yang akan meningkatkan luas permukaan untuk enzim lipase menguraikan
lemak tersebut.
Ketika diuraikan menjadi gliserol dan asid lemak, barulah ia akan
diserap oleh dinding usus dan akan dibawa ke seluruh anggota badan yang
lain untuk digunakan sebagai tenaga ataupun tempat penyimpanan tenaga
seperti lemak.
2. Menambahkan Berat Badan
Pengambilan air sejuk semasa puasa menyebabkan pembekuan lemak yang ada dalam darah. Ini mengakibatkan peredaran darah menjadi tidak lancar. Apabila peredaran darah tidak lancar maka proses pembakaran lemak dan metabolisme tubuh akan terganggu. Keadaan ini boleh menyebabkan badan menjadi gemuk. Ketika selesai makan dan mengambil minuman sejuk, air sejuk itu boleh menyempitkan usus dan mengganggu proses pencernaan. Kesannya perut boleh menjadi buncit.
3. Risiko Kerosakan Buah Pinggang
Pengambilan air sejuk dan air bergas semasa Ramadan tidak merosakkan buah pinggang. Sebaliknya jika anda sering mengambil air bergas semasa puasa mungkin akan mengakibatkan kerosakan buah pinggang pada bulan-bulan Ramadan akan datang kerana air bergas mengandungi kandungan gula yang tinggi. Kajian menunjukkan pengambilan air bergas meningkatkan risiko kencing manis dan menyebabkan kerosakan buah pinggang.
Oleh itu, untuk mengelakkan gangguan kesihatan sepanjang Ramadan,
biasakan meminum air putih yang tidak sejuk terlebih dahulu dan
kemudiannya makan makanan manis seperti kurma dan manisan. Selepas 5-10
minit, barulah boleh mengambil air sejuk kerana keadaan perut sudah
stabil.
No comments:
Post a Comment