Saturday, August 18, 2018

Perisa Aiskrim Mayonis Cetus Perbalahan Di Internet

Kredit gambar utama: ICE Artisan Ice Cream/Instagram
Dah selalu sangat bercakap tentang aiskrim durian, coklat dan vanila apa kata kali ni korang tukar pula kepada aiskrim mayonis. Bunyi pelik tapi aiskrim mayonis antara yang IN tahun ni.
Iya, mayonis bukan sekadar disapu pada burger atau sandwich tetapi korang dah boleh nikmati mayonis dalam bentuk aiskrim, dijual oleh ICE Artisan Ice Cream di Falkirk, Scotland.
Melalui satu post di Instagram kedai ini, ramai yang mula meninggalkan komen pelbagai. Ada yang teruja nak cuba, ada pula yang sifatkan aiskrim ni pelik dan mereka tak sanggup nak cuba.
Macam mana pula dengan korang? Ok ke tak nak makan ais krim ni?
Kredit: ICE Artisan Ice Cream/Instagram & Huffington Postt

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...