Friday, August 17, 2018

Yang Buat Korban, Yang Terkorban Dan Yang Mengharap Bahagian Korban

yang buat korban, yang terkorban dan yang mengharap bahagian korban
SAMA.SAMA KITA FAHAMI
YANG BUAT KORBAN DAN YANG TERKORBAN DAN YANG MENGHARAP BAHAGIAN KORBAN.


Disurau saya mendengar dua tiga jemaah bercerita kisah pakatan korban kelmarin.Walaupun lembu yg disembeleh lebih dari sepuluh ekor, sudahnya ada fakir miskin dan mereka yg disenarai menerima sedekah,tidak dapat daging sedekah. Bahkan yg bertungkus lumus,sudahnya balik tangan kosong.Perut lembu yg begitu banyak sudahnya tinggal beberapa kilo shj yg tinggal yg tidak diketahui kemana perginya.


Bila dicongak,didarab,dibahagi jelas daging korban sebahagian masuk ke raga motor.Mereka yg kononnya tolong melapah,turut melapah daging yg dia suka dan dimasuk dlm raga motor sendiri.Kerja gotong royonglah katakan.Ekor lembu dari awal dah letak penanda,aku nak ekor,aku nak tulang dada,nak daging rimau menangis,nak telor lembu dsbnya.


Ada satu masjid,imamnya langsung menyebut mereka yg datang tolong bergotong royong melapah lembu,jangan jadi pencuri daging korban,maksudnya jangan ambil apa bahagianpun dari lembu korban tanpa izin pengendali atau orang yg buat korban.Kita buat ibadat ada orang orang buat dosa dari ibadat kita,rasa mengkelan juga.Serik dg perkara begini,saya kendali sendiri korban.Kita buat korbanada yg terkorban kerana nafsu tamaknya.


Ada juga yg tumpang buat korban, mengambil semua bahagian korbannya,tinggal perut dan najis shj.Lebih teruk yg sekeluarga menumpang buat seekor lembu,habis semua bahagiannya diambilnya,yg tinggal perut dan najis.Berpakat buat korban tetapi sedekah sendiri-sendiri. Pengendali korban bagai diperkuda untuk mengurus pembelian,mengurus lembu,sembelehan dsbnya,akhirnya apa yg tinggal.Buat korban bukan tamat setakat sembelihan tetapi perlu disedekahkan.


Sebaliknya ada yg ambik bahagian korban dan buat masak,buat kenduri. Buat apalah menyusah diri,menambah belanja kerana yg terlebih baik adalah disedekahkan dagingnya supaya fakir miskin boleh menentukan sendiri apa yg patut dibuat dg daging yg sesekali sekala shj mereka boleh merasainya.Jika daging korban dibuat kenduri,masakan ikut tuan rumah, yg boleh makan yg dijemput shj,makan juga terhad,tidak semua shli keluarga simiskin dapat hadir untuk merasainya berbanding jika mereka masak sendiri dirumah,walau setengah kilo,boleh dirasai sekeluarga.


Akibat ramai yg buat kenduri korban serentak,sampai tak cukup tekong nak kepalai tahlil.Jenuh berkejar tok imam tok bilal,tok siak nak mengepalai tahlil berulang kali.Sampai bermasam muka tuan kenduri dg orang masjid.
Ada juga kes pakatan korban,yg rasa berat hati bila melihat lembu yg ditentukan,nampak tulang rangka.Katanya sampai RM4k. Kekadang umurnya pun diragui.


Kesimpulan,jangan ambik jalan mudah untuk buat ibadat,serah pd orang.Jangan juga menyusahkan ibadat yg Allah bagi jalan mudah.Libatkan diri utk memastikan setiap ibadat kita sempurna.Kepada yg mengendali korban,ingatlah jangan sekedar berjaya mengendali majlis korban,tetapi pastikan berjaya dalam melaksana ibadat korban.


Wallahua'lam abdghaniharon


Kredit Abdul Ghani harun.


#muhasabah
#sharingiscaring

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...