Thursday, September 6, 2018

Elak Kulit Telur Rebus Melekat, Jom Ikut Petua Ini

petua rebus telur tak pecah
Foto Kredit: seriouseats.com
Foto Kredit: seriouseats.com

 

KENAPA TELUR REBUS MUDAH PECAH & RETAK?

Ini kerana apabila telur yang sejuk terkena pada air panas , kulitnya akan mudah retak dan pecah.
Ia juga mudah retak jika diletakkan berdekatan antara satu sama lain apabila berada di dasar periuk.
Memang kena banyak bersabar sewaktu merebus telur yang cantik dan licin kulitnya kerana ia perlu dikawal dengan berhati-hati.
Telur juga perlu direbus dengan menjaga suhu yang betul untuk memastikan telur yang direbus tidak pecah.
Jadi, untuk pastikan telur yang direbus tidak mudah pecah atau retak, ikuti langkah di bawah ini.
Foto kredit: saveur.com
Foto kredit: saveur.com

 

PETUA REBUS TELUR TAK PECAH & TAK MELEKAT. BARU CANTIK & SENANG KUPAS!

1. SEBELUM MEREBUS

I) PASTIKAN TELUR BERADA DALAM SUHU BILIK

Jika anda simpan telur dalam peti ais, elak terus merebusnya sebaik dikeluarkan kerana gas dalam telur akan meningkat apabila terkena haba.
Angin ini akan memecahkan bahagian kulit yang lemah untuk merendahkan tekanan.
Rebus telur hanya apabila ia sudah berada dalam suhu bilik.
petua rebus telur tak pecah
Foto Kredit: merci-mama.com

II) LEPASKAN GAS DALAM TELUR

Cucuk hujung telur dengan safety pin atau paku tekan untuk melepaskan gas dalam telur.
Jika tidak dilepaskan gas ini, ia meningkat apabila direbus dan memecahkan kulit telur.
petua rebus telur tak pecah tak melekat
Foto Kredit: seriouseats.com

III) SUSUN DENGAN CERMAT

Letak dan susun telur dalam periuk dengan cermat.
Elak letak telur sekali banyak dan biarkan tersusun dalam satu layer agar berat telur tidak menekan antara satu sama lain.
Foto Kredit: inspiredtaste.net
Foto Kredit: inspiredtaste.net

 

IV) GUNA AIR SEJUK

Isi periuk dengan air sejuk.
Sebaiknya, isi air dari tepi periuk dan bukannya secara terus pada telur untuk mengelakkan tekanan berlaku pada telur.
Foto kredit: inspiredtaste.net
Foto kredit: inspiredtaste.net

V) CAMPURKAN GARAM

Masukkan setengah sudu garam dalam air.
Garam ini membantu menutup sebarang keretakan sewaktu merebus selain membantu menanggalkan kulit dengan cepat dan tidak melekat.
hilangkan sakit gigi
Foto Kredit: phunukiueviet.com

VI) CAMPURKAN JUGA CUKA

Letak satu sudu cuka mengikut jumlah telur dalam periuk sebelum mula merebus.
Cuka membantu protein dalam putih telur menutup keretakan pada kulit dengan segera.

 

hilangkan kutu
Foto Kredit: snughughome.com

2. SEMASA MEREBUS

I) GUNA API PERLAHAN

Biarkan telur direbus dengan api perlahan untuk mengelakkan ia ‘terkejut’ dengan peningkatan suhu.
Kacau selalu dengan perlahan untuk elakkan telur tenggelam pada dasar periuk kerana ia boleh menyebabkan telur masak tidak sekata dan mudah pecah.
petua rebus telur tak pecah

II) TUTUP API SEBAIK AIR MENGGELEGAK

Tutup api sebaik sahaja air menggelegak dan jangan keluarkan telur terus. Jika anda inginkan:
Soft-boiled– keluarkan dalam masa 3 minit. Berhati-hati sewaktu mengeluarkan telur dari periuk. Guna sudu besar untuk mengelakkan telur pecah.
Medium-boiled– keluarkan dalam masa 5-7 minit.
Hard-boiled– keluarkan dalam masa 9-12 minit.
petua rebus telur tak pecah
Foto Kredit: redmountaintrails.com

KALAU REBUS TELUR DALAM KUANTITI KECIL,

Petua rebus telur tak pecah di atas ini boleh digunakan untuk anda yang merebus telur dalam jumlah yang besar mahupun kecil.
Kalau nak senang, laburkan sedikit wang dengan membeli color-changing egg timeryang membantu anda menjaga masa agar telur dapat direbus dengan sempurna.
Tetapi alat ini hanya boleh memuatkan 1-2 biji telur dalam 1 masa.
petua rebus telur tak pecah
‘Egg timer’ boleh digunakan untuk memasak telur dengan mudah. / Foto Kredit: lazada.com.my

 

JANGAN MAKAN TELUR REBUS YANG RETAK SEBELUM DIREBUS

Jika telur retak sewaktu proses merebus, ia masih selamat untuk dimakan.
Tetapi elak memakannya jika ia retak sebelum direbus, buang terus telur berkenaan kerana ia biasanya sudah dijangkiti dengan bakteria. Jika direbus sekalipun, ia boleh membahayakan kesihatan.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...