Kita sering didedahkan dengan penggunaan telefon bimbit dalam kehidupan seharian. Tetapi tahukah anda, cahaya biru yang dipancarkan daripada telefon bimbit mampu menjejaskan penglihatan?
Kajian yang dilakukan oleh University of Toledo menunjukkan bahawa kornea dan kanta mata tidak mampu memantulkan kembali cahaya biru yang dipancarkan oleh telefon bimbit.
Photoreseptor yang terletak dibahagian mata akan menghantar signal ke otak. Apabila kita menghadap cahaya biru, sel photoreseptor ini akan mati, dan sel tersebut juga tidak bercambah seperti sel-sel yang lain.
Semakin banyak cahaya biru yang masuk ke mata, semakin banyak sel photoreseptor yang mati, menyebabkan penglihatan kita terjejas.
Sumber: UT News
No comments:
Post a Comment