Sunday, September 30, 2018

Kanser Hidung Biasa Terjadi Di Kalangan Masyarakat Cina & Menduduki Tangga Ke-5 Kanser

Kredit gambar utama: Pexels
Siapa yang tidak terkejut mendengar berita atlet kesayangan, wira negara Datuk Wira Lee Chong Wei disahkan kanser hidup peringkat awal. Kanser hidung bukanlah resdung, berbeza daripada sudut gejala dan simptom.  
Anda nak tahu tentang kanser pangkal hidung atau @Nasopharyngeal carcinoma (NPC), jom ikuti perkongsian Dr. Mohd Shaiful Nizam di Twitter @Dr_Shaiful.
"Doktor, betul ke atlet negara kita dapat Kanser Hidung?" - pesakitku bertanya.

"Betul la" - balasku ringkas.

"Doktor boleh cerita sedikit tak apa Kanser Hidung ini" - tanyanya lagi.

NAK TAHU?? Jom kenali Kanser Pangkal Hidung @ Nasopharyngeal Carcinoma(NPC). Follow THREAD

Kanser Pangkal Hidung @ NPC merupakan kanser hidung yang terjadi di bahagian nasofarinks, berdekatan pangkal tengkorak. Ia kerap dihidapi oleh kaum Cina. Mengikut Data Kanser Malaysia (2007-2011), NPC menduduki tangga ke-5 selepas kanser Payu Dara, Usus, Paru-paru & lymphoma.
Faktor risiko adalah disebabkan oleh keturunan (kaum cina) dan Jangkitan Virus Epstein Barr. Amalan Gaya Hidup seperti merokok dan pemakanan yang diawet seperti sayur-sayuran atau ikan kering juga penyumbang kepada kanser ini. Kaum Bidayuh di Sarawak juga berisiko menghidap NPC.
Gejala utama NPC adalah bengkak di lehar (tidak sakit,~ 60%). Selain itu pendarahan hidung atau hidung tersumbat dan kurang pendengaran sebelah telinga juga antara gejalanya. Jika anda mempunyai bengkak leher lebih pada 3 minggu segeralah berjumpa Doktor untuk siasatan lanjut.
Untuk dapat kepastian jenis kanser NPC itu, biopsi tisu atau ketumbuhan dalam hidung di bahagian nasofarinks adalah perlu. Biasanya prosedur ini dilakukan di Klinik ENT dengan bius setempat kecuali ada rintangan tertentu pesakit, maka prosedur dilakukan di dewan bedah bius penuh.
Rawatan kanser NPC ini bergantung kepada tahap kanser itu dijumpai. Secara umumnya, rawatan utama adalah Radioterapi & Kemoterapi. Pembedahan sangat jarang diperlukan kecuali dalam kes-kes tertentu.
Kadar kelangsungan hidup (prognosis) 5 tahun adalah sangat bagus jika dikesan & dirawat awal. Untuk kanser tahap 1, 80-90%, kanser tahap 2, 70-80%, tahap 3, 40-60% dann tahap 4, 40% (jika belum lagi merebak ke kawansan lain).
Kalau anda mempunyai simptom seperti yang doktor Shaiful sebut tu, segeralah berjumpa doktor ya!

Kredit: Twitter @Dr_Shaiful.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...