Wednesday, October 10, 2018

14 Makanan Yang Tak Sepatutnya Disimpan Dalam Peti Sejuk

14 MAKANAN YANG TAK SEPATUTNYA DISIMPAN DALAM PETI SEJUK

Berikut adalah 14 jenis bahan makanan yang tak sepatutnya anda simpan dalam peti sejuk. Kalau ada, bolehlah keluarkan sekarang!

1. SOS CILI

Sos cili sebenarnya tidak perlu disimpan dalam peti sejuk. Cukuplah diletak di dalam almari / kabinet dalam suhu bilik.
Suhu sejuk menjadikan pengaliran daripada dalam botol menjadi agak perlahan dan rasanya juga boleh terjejas.
cara menyimpan makanan
Foto Kredit: zmescience.com

2. BAWANG

Elakkan menyimpan bawang dalam peti sejuk, lebih-lebih lagi bawang yang sudah dipotong. Bakteria mudah melekat dan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.
bawang merah mengurangkan kolesterol
Foto Kredit: jurnaldeoas.ro

3. UBI KENTANG

Kelembapan dalam peti sejuk mempercepatkan proses pereputan ubi kentang. Ia lebih elok disimpan dalam raga berlubang dan persekitaran yang kering.
hilangkan kesan gigitan nyamuk
Foto Kredit: exeterengineering.com

4. DAUN HERBA

Daun herba seperti daun sup, daun bawang, daun basil dan sebagainya tidak sesuai disimpan dalam peti sejuk. Ia akan menyerap semua bau dalam peti sejuk dan mudah menjadi kurang segar.
Studio shot of fresh herbs

5. BUAH-BUAHAN MUDA

Jika ingin mempercepatkan proses kematangan buah, cara menyimpan makanan yang sebetulnya adalah dalam suhu bilik.
Buah-buahan yang disimpan dalam peti sejuk akan diperlahankan prosesnya daripada masak ranum.
cara menyimpan makanan
Foto Kredit: flickr.com

6. ROTI

Untuk mengekalkan rasa dan tekstur, sebaiknya balut dalam plastik berzip dan letak di atas meja.
Roti yang disimpan dalam peti sejuk akan tahan lebih lama, tetapi menjadi keras dan kering. Malah, ia cenderung menyerap aroma makanan yang disimpan lain dalam peti sejuk,
cara buat resipi biskut bayi

7. BUAH TOMATO

Menyimpan tomato dalam peti sejuk boleh menjejaskan rasa sedia ada, malah menjadikannya lebih cepat rosak.
petua kulit licin
Foto Kredit: totalgymdirect.com

8. KOPI

Lebih bagus simpan kopi dalam bekas yang tertutup rapat dengan suhu bilik. Serbuk kopi akan menjadi keras dan sukar diambil apabila ingin digunakan.
Foto Kredit: bodyandskincare1.blogspot.my

9. MADU

Madu asli sebenarnya tidak mempunyai tarikh luput kerana ia tidak akan rosak. Jadi ia tidak perlu disimpan dalam peti sejuk. Untuk mengekalkan rasa dan kualiti madu, letakkannya di tempat yang tidak terdedah kepada haba.
Foto Kredit: estetikbody.ru
Foto Kredit: estetikbody.ru

10. MINYAK MASAK

Sebaiknya letakkan minyak masak di sudut dapur. Begitu juga dengan minyak lain seperti minyak zaitun atau minyak kelapa. Biasanya minyak sebegini boleh bertahan sehingga 2 tahun walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk.
Chef cooking food in frying pan, close-up

11. BERAS

Beras tak perlu disimpan dalam peti sejuk. Sebaliknya, hanya nasi saja yang elok disimpan dalam peti sejuk untuk memperpanjangkan hayatnya.
cara menyimpan makanan
Foto Kredit: bigapplecurry.com

12. LADA HITAM

Semua jenis rempah seperti lada hitam biasanya lebih baik disimpan dalam suhu bilik. Suhu dingin boleh menjejaskan rasa dan teksturnya.
petua halau cicak

13. LEPA KACANG

Jem atau lepa kacang lebih mudah digunakan jika disimpan dalam suhu bilik. Namun, jika anda amat jarang menggunakannya, eloklah disimpan dalam peti sejuk.
Foto Kredit: bracpet.com
Foto Kredit: bracpet.com

14. BAHAN BUKAN MAKANAN

Mungkin kedengaran pelik, tapi sebenarnya ada yang menyimpan bateri dalam peti sejuk supaya kapasitinya tidak terbebas lalu menyebabkannya tahan lama. Namun sebenarnya ia tidak semestinya akan memberi kesan kepada bateri untuk jangka masa panjang. Cuma, elakkan meletakkan bateri tersebut di tempat yang panas seperti di luar rumah yang terdedah kepada cahaya matahari.
Elakkan juga meletak alat solek / make-up dalam peti sejuk. Ini kerana, kerana suhu dingin boleh menjejaskan kestabilan bahan kimia di dalamnya.
Seperkara lagi, perlu diingat bahawa bahan bukan makanan tidak sesuai untuk disimpan dalam peti sejuk kerana ia mungkin akan mencemarkan makanan yang disimpan di dalamnya.
Foto Kredit: drink-milk.com
Foto Kredit: drink-milk.com

PRAKTIKKAN CARA MENYIMPAN MAKANAN YANG BETUL

Selepas ini, pastikan anda mempraktikkan cara menyimpan makanan yang sesuai dalam peti sejuk agar tidak terjejas kualiti kandungan di dalamnya. Bukan itu sahaja, anda juga dapat menjimatkan ruang dalam peti sejuk.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...