Apa menu sarapan pagi anda? Saya percaya setengah daripada kita mesti tidak akan lekang daripada menu berasaskan telur.
Ada roti canai telur, roti bakar telur goyang, mee goreng telur mata dan pelbagai lagi.
Tapi ramai juga yang suka makan telur separuh masak kan? Ya, sedap dimakan begitu saja.
Tengok macam mudah je nak buat telur separuh masak ni. Hanya rendam telur dalam air, masak!
Tapi kadang-kadang kita selalu ter “miss” something, telur jadi keras dah macam telur orang kenduri kahwin atau telu rebus untuk makan nasi lemak.
Apa yang “something” tu, haa kali ni akak nak kongsi cara masak telur versi setengah masak.
Akak pun bukanlah pandai tara mana, cuma syok bila kita refer satu sumber/tips dan menjadi, lepastu kita share la kat orang lain pulak kan.
Macamana Nak Rebus Telur Separuh Masak?
Soalan yang saya selalu tanya pada diri. Telur separuh masak rebus berapa minit?
Sebabnya, setiap kali nak masak telur separuh masak, selalu main agak-agak aje. Kadang keras, kadang tak masak.
Dah rasa rugi telur sebab tak menepati citarasa. Haha..
Beberapa kali saya buat eksperimen, ini yang saya rasa paling menepati citarasa saya. Anda patut cuba cara ini.
Cara Memasak Telur Setengah Masak
- Mula-mula didihkan air di dalam periuk kecil di atas dapur api. Kuantiti air agak-agak telur boleh terendam sepenuhnya.
- Setelah air betul-betul mendidih, matikan api dan masukkan telur (2 hingga 4 biji telur).
- Mulakan kiraan dengan stopwatch. Boleh guna timer, jam atau apps stopwatch di handphone masing-masing. Biarkan rendaman telur selama 7 minit. (Nota : Maksimum 8 minit)
- Setelah 7 minit, angkat dan buang air panas tersebut. Gantikan dengan air sejuk dan biarkan selama lebih kurang 1 minit untuk sejukkan telur (menghentikan proses telur masak).
- Telur sudah sedia untuk dihidang.Boleh dimakan begitu sahaja atu dengan tambahan sedikit garam, lada sulah mahupun kicap. Emmm Yummy!
Mudah je kan?
Sekarang saya gunakan cara ini. Confirm telur tak keras dah sebab terlebih masak. Just nice aje.
Tips kiraan masa
Sebenarnya, kita boleh anggarkan sendiri bagaimana keadaan telur yang kita mahu. Saya kongsikan di sini tips kiraan masa. Bolehlah anda anggarkan masa untuk memasak telur mengikut selera anda.
- 2-3 minit untuk yang suka putihnya cair dan kenyal sedikit
- 4-5 minit putih dah mula kenyal tapi kuning masih cair
- 6-7 minit putih n kuning mula kenyal
- 8-10 minit telur dah mula masak
- Lebih 10 minit dah keras
No comments:
Post a Comment