Monday, December 31, 2018

Rupanya Guna Madu Boleh Hilangkan Bau Badan

Kita mesti tak selesa kan kalau badan kita berbau, tu baru kita, cuba kalau orang lain yang bau? Mahu pengsan orang tu. Hehehe. Tapi terdapat beberapa cara nak hilangkan bau badan tu. Antaranya ialah madu. Madu sinonim sebagai agen yang mencantikkan kulit, mengurangkan jerawat dan sebagainya. Namun, madu juga boleh membuatkan badan kita berbau harum.
Nak tahu tak macam mana madu berfungsi menghilangkan bau badan? 
1.    Mandi madu
rupanya guna madu boleh hilangkan bau badan
Ambil dua sudu besar madu dan campurkan ke dalam air suam. Selesai mandi, siramkan campuran madu dan air hangat tadi pada badan. Kemudian bilas dan bersihkan.

2.    Skrub madu
rupanya guna madu boleh hilangkan bau badan
Ia mampu menghaluskan kulit dan mencerahkan kulit bawah lengan dengan cara tak langsung. Caranya dengan hanya mencampurkan madu bersama jus lemon dan tambah sedikit gula sebagai lulurnya. Gosok pada bahagian bawah lengan dan biarkan seketika. Bilas dengan air sehingga bersih. Badan kita akan sentiasa harum dan juga segar.

Senangkan? Haa, so sesiapa yang ada bau badan tu, cuba cara ni, insyaAllah berkesan. Yang penting kita berusaha kan?

Sumber: Wanista 

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...