Saturday, January 12, 2019

Cara Untuk Menjaga Cermin Mata Supaya Tahan Lebih Lama

Image result for Cara Untuk Menjaga Cermin Mata Supaya Tahan Lebih Lama
Pastinya kita semua sudah tahu tentang kegunaan cermin mata. Ianya adalah salah satu alat bantuan penglihatan untuk sesiapa yang mempunyai masalah rabun sama ada masalah rabun jauh ataupun dekat.
Jadi di sini pentingnya untuk menjaga cermin mata agar lebih tahan lama untuk dipakai. Malah ada sesetengah individu yang baru sahaja enam bulan memaka cermin mata, tetapi keadaannya penuh dengan calar balar. Ikuti tips dari Optometris Puan Hanun Nadiah Rozi ini tentang kepentingan menjaga cermin mata.
Orang kata cermin mata ni sejenis pelaburan. Kita labur duit untuk penglihatan lebih baik.
Tapi kadangkala, pelaburan ni tak bertahan lama. Baru enam bulan pakai, dah calar sana sini.
Jadi, bagaimana nak bagi cermin mata tahan lebih lama supaya bertahun-tahun boleh pakai?
Saya kongsikan tips ya.
+ Jika mahu lap kesan cap jari atau habuk atas kanta cermin mata, pastikan bukan dalam keadaan kanta kering. Lalukan cermin pada air dulu supaya habuk berlalu pergi. Boleh kalau nak lap masa kering. Cumanya, kanta tu akan lagi cepat bercalar kalau ada habuk melekat semasa dilap.
+ Disebabkan kanta tu seeloknya basah, jangan pula sewaktu tiada sumber air, anda sedekah air liur pula pada kanta. Tahukah anda, air liur mungkin mengandungi minyak dan unsur lain yang boleh sebabkan lapisan antisilau kanta rosak.
+ Lap kanta guna kain lembut contohnya kain mikrofiber. Boleh kalau nak guna tisu atau kain biasa, cuma nanti cermin lagi senang ada kesan calar sebab material kasar. Ibarat seperti kesan parut pada kulit sebab terhiris duri pokok bunga ros. Akibatnya nanti, lagi cepat pula perlu melabur pada kanta lain.
+ Masa nak tidur, buka cermin mata, letak elok-elok di tepi bantal atau atas meja terdekat. Pastikan kantanya menghadap siling (ke atas). Supaya kanta tak bergeser dengan permukaan kasar. Tapi kalau letak dalam bekas khas bingkai tersebut, diizinkan.
+ Jaga cermin mata ni macam jaga cermin kereta. Contohnya, masa memandu, mesti nak cermin depan bersih, betul tak.. Baru rasa puas bila nak 'aim' potong kereta depan. Jadi kalau dah rasa comot tu, jemput lap ya.
Tips di atas akan jadi mudah jika benar benar sayang pada peneman setia mata anda. Sayangilah mereka.
Besar harapan saya agar jodoh anda panjang dengan cermin mata masing-masing. 😊
P/s : Perkenalkan 'nyawa kedua' saya. Faham-faham sajalah kalau power tinggi ni. Hilang arah kalau tiada cermin mata.
Hanun Nadiah Rozi
Optometris

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...