Kredit gambar utama: Shutterstock
Pernahkah anda berhadapan dengan situasi ini, dah puas tekan ubat gigi dan yakin tiada isi yang tinggal lalu anda buang? Bukan bekas ubat gigi je, bekas losyen, sabun mandi, syampu dan alat solek pun selalu je dibuang. Iyalah, kita selalu ingat dah habis rupanya jika kita guna teknik-teknik ni, kita boleh menjimatkan wang daripada memberi peroduk baharu sekurang-kurangnya untuk beberapa hari.
#1 Sampai Tetesan Terakhir
Kredit: Shutterstock
Untuk produk di dalam bekas plastik atau tiub ubat gigi, anda hanya perlu potong bahagian hujungnya. Tarik keluar lebihan dan masukkan ke dalam bekas. Anda tentunya tak sangka, isi yang dikeluarkan tu boleh bertahan untuk beberapa kali guna.
#2 Guna Beauty Spoon
Kredit: The Fashionable Housewife
Anda juga boleh guna beauty spoon yang direka untuk masuk ke segenap bekas mekap mahupun bekas plastik dan menarik keluar lebihan di dalam bekas. Masukkan lebihan produk ini ke dalam bekas kecil dan label supaya mudah untuk digunakan.
#3 Beri Nafas Baru
Tip ni sesuai untuk anda yang mempunyai lipstik yang hampir habis atau alat solekan yang rosak. Hanya masukkan sisa lipstik ke dalam bekas kecil, tambah jeli petroleum, kacau dan letakkan ke dalam microwave selama 10 saat. Biarkan seketika untuk membuatkan lebihan lipstik anda bertukar kepada lip gloss.
#4 Air Panas & Alkohol
Kredit: Shutterstock
Tahukah anda peralatan mekap di dalam tube yang disangka habis boleh memberi lebihan mekap jika anda gunakan cara ini. Hanya masukkan bekas mekap ke dalam secawan air panas secara terbalik. Buka dan masukkan lebihan produk ke dalam bekas. Untuk anda yang mempunyai bedak serbuk, blusheratau eye shadow yang pecah, hanya masukkan beberapa tetes alkohol, tekan-tekan produk tadi sehingga mampat, biarkan seketika dan pufff, produk anda sudah seperti baharu!
#5 Guna Air Je
Selalu kan kita rasa syampu, sabun atau conditioner kita dah habis? Masukkan je air ke dalam bekas, goncang sedikit dan anda dah boleh gunakan produk ini beberapa kali.
Memang jimat, kan? Orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tak susah sebenarnya untuk menyimpan duit asalkan anda tahu caranya. Selain cara-cara di atas, ada juga dapat berjimat dengan skim simpanan Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium Special Edition (BSN SSP SE).
Anda boleh menyimpan BSN SSP di semua saluran perbankan BSN di seluruh Malaysia. Sambil menyimpan, anda juga berpeluang memenangi pelbagai ganjaran menarik termasuk peluang memenangi ganjaran utama RM2 juta menerusi Cabutan Istimewa BSN SSP. Menariknya!
Selain patuh syariah, simpanan BSN SSP Edisi Khas ini juga dijamin oleh kerajaan dan hadiah yang anda menangi akan dikecualikan daripada cukai pendapatan. Simpanan ini juga memberikan anda pulangan sehingga 2.5% dengan simpanan minimum RM3,000.
Lebih banyak anda menyimpan dengan BSN SSP, lebih banyak ganjaran menanti. Jadi, apa tunggu lagi? Klik di sini untuk info lanjut!
No comments:
Post a Comment