Sumber oleh : Farra Vy.
Fuh biar betul 19 barangan kat bawah ni sebenarnya ada tarikh luput yang selama ni kita tak tahu.. Ya! Korang kena baca dulu apa 19 barangan tersebut kat bawah ni yaa..
Antaranya adalah:
1. Bantal -
Luput Antara 2-3 Tahun Bantal apabila mencecah usia penggunaannya selama 2-3 tahun, ia akan mula menjadi tempat pembiakan bakteria dan kuman. Secara tidak langsung ia menjadi punca utama kesihatan anda. Walau mahal mana pun bantal yang dibeli, bila sampai tamat tempohnya, sebaik-baiknya dibuang.
2. Selipar
Luput Dalam Masa 6 Bulan Sahaja Selipar adalah habitat paling sempurna untuk fungus/kulat. Walaupun tempoh luputnya 6 bulan, saat pertama kali selipar itu menjejakkan tapaknya ke tanah, bakteria sudah mula membiak. Oleh itu pastikan selipar anda dibasuh secara kerap, serta cukup 6 bulan, ia perlu diganti baru.
3. Span Mandi
Luput Dalam Masa 2 Minggu Sahaja Bila hari-hari dah sental badan, pastilah banyak bakteria-bakteri yang disisihkan daripada badan melekat ke span tadi. Oleh itu, cara terbaik adalah untuk menukar span mandi anda 2 minggu sekali atau dengan merendamkannya kedalam air panas menggelegak bagi tujuan memusnahkan bakteria.
4. Tuala
Luput Antara 1-3 Tahun Walaupun anda membasuh tuala secara kerap, masalah bakteri tetap tidak dapat diselesaikan, oleh itu, apabila tiba masanya, maksima 3 tahun penggunaan, tukarlah pada tuala yang baru. Jangan guna pada tubuh badan tuala yang sudah relai benangnya
5. Berus Gigi
Luput Dalam Masa 3 Bulan Sahaja. Ini mesti ramai yang buat kan? Berus gigi harus diganti dalam masa 3 bulan sekali. Jika anda batuk atau selsema, apabila sudah sembuh jangan guna lagi berus gigi tersebut. Ganti yang baru. Jika tidak, penyakit yang sama akan berulang kembali kerana bakteria tadi telah berkumpul dan menguasai berus gigi anda. Berus gigi mesti dalam keadaan baik dan jangan guna sehingga menjadi kerinting.
.6.Hydrogen Peroxide
Adalah fist aid antiseptic.
Luput Dalam Masa 2 Bulan Sahaja Selepas anda membuka botol yang mengandungi bahan hydrogen peroxide, hanya 2 bulan saja kandungan didalamnya akan aktif. Selepas 2 bulan, cecair tersebut menjadi air biasa. Pun begitu, jika ia tidak pernah digunakan dan masih ditutup rapi, ia mampu bertahan lebih daripada tempoh1 tahun.
7. Sikat Rambut
Luput Dalam Masa 1 Tahun Sahaja Sebaiknya sikat dibasuh dengan air panas 1 minggu sekali dan diganti setiap 1 tahun.
8. Minyak Wangi
Luput Antara 3-4 Tahun. EDP mengandungi essential oil yang hanya mampu bertahan selama 3 tahun didalam bekas kedap udara. Namun bagi EDT, ia mampu bertahan selama 4 tahun.
9. Puting Bayi
Luput Dalam Masa 2-5 Minggu Sahaja Puting wajib diganti setiap 5 minggu, tidak kira keadaannya masih elok atau tidak.
10. Child Car Seat
Luput Antara 6-10 Tahun Selepas tempoh ini, struktrur car seat akan mula rosak terutama pada bahagian span. Ini bermakna ia tidak lagi selamat digunakan.
11. Bra
Luput Antara 1-2 Tahun Pun begitu, apabila struktur bra tidak lagi selesa untuk dipakai seperti bentuk asal, ia petanda anda wajib menukarnya tanpa perlu menunggu selama tempoh 1 tahun.
12. Kasut Sukan
Luput Sebaik Struktur Berubah
13. Rempah-ratus
Luput Antara 1-3 Tahun Rempah-ratus seperti kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga akan mula hilang rasa dan aroma bila disimpan lebih dari 1-3 tahun. Berbeza bagi rempah yang telah diproses menjadi serbuk, tempoh luputnya lebih cepat iaitu selama 6 bulan.
14. Tepung
Luput Dalam Masa 6-12 Bulan Apabila melebihi tempoh luput, tepung akan mula dihadiri parasit dan ulat tepung (kutu)
15. Pemadam Kebakaran
Luput Dalam Masa 15 Bulan Jika terdapat sebarang kerosakan pada pemadam seperti retak, berkarat dan klip patah, ia perlu diselenggara dengan kadar segera.
16. Penyambung Elektrik
Luput Antara 1-2 Tahun
17. Penyembur Pembasmi Kuman
Luput Dalam Masa 3 Bulan
18. Pencegah Nyamuk Luput Dalam Masa 2 Tahun
19. Power Soket-
Luput Dalam Masa 4-5 Tahun Walaupun tiada tarikh luput, namun pakar menasihati agar ia diganti setiap 4-5 tahun bagi mengelakkan masalah litar pintas. Bila power soket mula keras atau sukar ditekan dan berwarna, ia wajib diganti.
Semoga info memberi manfaat untuk anda.
####
No comments:
Post a Comment