Sumber: Wanita
Mungkin tak ramai lagi dah orang yang cuci muka menggunakan sabun badan. Tapi tak mustahil masih ada orang macam tu sebab nak jimatkan duit dan sabun. Kalau korang sayangkan kulit muka korang berhenti guna sabun badan untuk cuci muka walaupun kedaan terdesak !
1. Ganggu kadar pH
Kulit muka kita ni bersifat asid manakala sabun pula alkali yang sangat tinggi. Kadar pH kulit kita antara 4 - 6.5. Jadi, kalau sabun tinggi alkali hingga 7 ke atas jumpa kulit yang tinggi asid boleh jadikan kulit kita rosak teruk.
2. Kulit Kering
Kulit badan kita tak sama dengan kulit muka. Ketebalan dan kadar pH pun tak sama. Sabun muka kalau guna di muka boleh buat kulit muka jadi kering yang sangat teruk.
3. Masalah kulit
Tak cukup dengan buat kulit muka kita kering, ia juga memberi kedutan dan garisan halus pada wajah kita.
No comments:
Post a Comment