Kredit: Shutterstock
Ada orang yang hidupnya sentiasa dalam kesempitan walaupun gaji bulanan 6 angka, ada pula yang yang berpendapatan 3 angka tetapi bahagia, segala keperluan cukup dan masih boleh bersedekah. Ada pula yang sentiasa serabut, fikiran tak tenang dan hidup terasa kosong walaupun dikelilingi keluarga dan sahabat handai. Tak kurang juga mereka yang tiada siapa-siapa, sebatang kara tetapi bahagia dan sentiasa tersenyum. Jika anda dalam kelompok A yang masih tercari-cari erti sebuah ketenangan, 5 amalan ini boleh anda lakukan.
#1 Solat
Kredit: Shutterstock
Bukan je lakukan solat fardu tetapi letak matlamat untuk lakukan solat sunat seperti dhuha, solat taubat dan solat hajat. Mintalah supaya diberi ketenangan dan dibebaskan daripada perkara yang membelenggu anda.
#2 Banyakkan Bersedekah
Kredit: Shutterstock
Bulan Ramadan ni selain sedekah wang ringgit dan senyuman, anda boleh beri makan kepada orang berbuka. Jika ada rezeki lebih, bolehlah taja iftar di masjid atau surau.
#3 Bersyukur
Bersyukur dengan apa jua yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit. Jangan bandingkan kehidupan anda dengan orang lain.
#4 Berbuat Baik Dengan Ibubapa
Jangan sesekali tinggi suara dan sehabisnya berusaha membahagiakan mereka. Kerana doa ibu terutamanya tiada hijab. Siapa tahu kerana doa seorang ibu, impian dan hajat anda termakbul?
#5 Mengeluarkan Zakat
Anda pernah dengar ayat ini ‘sesungguhnya dalam harta kamu ada milik orang lain’? Iya, tidak akan jatuh muflis mereka yang menyucikan harta dengan berzakat. Tetapi ramai yang mengalami kekangan untuk mengeluarkan zakat.
Iyalah, bukan mudah untuk lari dari kesibukan harian ke pusat zakat berhampiran, perlu menunggu giliran untuk ke kaunter dan sudah tentu perkara ini membuatkan kita selalu terlupa tanggungjawab yang satu ini.
No comments:
Post a Comment