Olahan Razzlyn Rosli. Sumber Hello Sehat.
Pernah tak anda tertanya – tanya apa sebab sebenarnya anda sering kencing kalau cuaca sejuk. Fenomena ini dipanggil cold diuresis dan ia boleh terjadi kepada sesiapa pun. Berikut adalah penjelasan mengapa udara dingin buat kita sering kencing.
1. Tekanan Darah Tinggi
Tekanan darah akan meningkat ketika anda sejuk. Kerana darah meningkat, tubuh akan menghantar signal kepad ginjal untuk membuang lebihan cairan dalam tubuh. Disebabkan itu, isipadu air akan meningkat dan ginjal akan bekerja lebih kuat untuk mengeluarkan kandungan air dalam tubuh.
2. Kadar air tidak seimbang
Ketika suhu tubuh anda menurun, fungsi protein tertentu dalam tubuh yang dikenali sebgai aquaporin akan terganggu. . Aquaporin bertanggungjawab sebagai saluran keluar dan masuknya air ke dalam sel tubuh. Ketika sejuk, aquaporin akan menahan masuknya air ke dalam sel. Secara tidak langsung signal ini dibaca oleh tubuh sebagai petanda bahawa terlalu banyak air pada aliran darah. Ginjal akan memproses air kencing lebih kerap pada sel tubuh kerana kadar air pada sel tubuh dan aliran darah tidak seimbang.
3. Kurang berpeluh
Penyebab lain mengapa udara dingin menyebabkan kita sering buang air kecil adalah disebabkan sistem perkumuhan kurang berfungsi.
Ketika kedinginan, tubuh tak akan berpeluh seperti biasa. Akibatnya, tak ada cara lain bagi air untuk dibuang dari tubuh selain melalui kencing.
No comments:
Post a Comment