Hampir semua orang pernah mengalami masalah tahi cicak yang memenuhi ruang tingkap dan kaki lima rumah. Walaupun sudah bersihkan tapi masalah ini kelihatan seperti tiada kesudahan.
Ini kami kongsikan cara untuk menghalang cicak sekaligus menjaga kebersihan tingkap rumah.
Selalu tak alami masalah taik cicak kot tepi tepi tingkap rumah?
Kat studio ni sebab tak duduk jadi memang selalu ada taik cicak banyak juga. Sebelum kelas mesti kena cuci dulu. Tak larat oih nak sental dengan berus sebab kadang kadang jadi keras kerana seminggu sekali barulah ke sana.
Jadi sejak 3 minggu amalkan petua ni sekarang takda sangat dah taik cicak kat tingkap. Bolehlah kalian amalkan.
1/3 cuka makan
1/3 air
1/3 cecair basuh pinggan (guna yang murah pun takpa)
Spray di kawasan tersebut, seluruh bingkai tingkap, dinding dan tempat cicak bersembunyi seperti di belakang lampu. Mujarab juga jika spray di kawasan yang banyak semut suka melata.
Kredit : Muna Binti Mohammad
No comments:
Post a Comment