
Kredit: Freepik
Suka makan kek, tapi mahal sangat? Bagi hantu kek, mesti anda perasan yang harga bagi satu potong kek di kebanyakan kafe dah cecah RM9! Kalau makan kek selalu berlubanglah dompet! Harga bagi sebiji kek pun boleh tahan mahal, dalam RM60. Kalau nak jimat, bolehlah mula buat kek sendiri.
Sekarang pun dah makin ramai yang mulakan bisnes buat kek untuk cari duit lebih. Antara sebab kenapa bisnes kek ni sangat popular tak kira dikalangan orang bekerja, pelajar, mahupun suri rumah ialah modal permulaannya yang tak begitu banyak dengan pulangan yang menguntungkan.
Kalau anda nak mula berjinak-jinak buat kek sendiri, anda mesti ada 10 perkakas asas ni kat dapur:
#1 Baking paper

Kredit: Pexels
Baking paper sering digunakan bagi mengelakkan kek melekat kuat pada acuan kek, terutamanya kalau acuan yang digunakan tu bukan jenis non-stick.
Beli di sini!
#2 Penimbang

Kredit: Freepik
Sukat tepung dengan mudah dan tepat.
Beli di sini!
#3 Acuan kek

Kredit: Freepik
Macam mana nak buat kek kalau acuan pun takde?
Beli di sini!
#4 Mesin pengadun kek

Kredit: Freepik
Kalau tak larat nak adunkan kek sendiri, pakai je mesin pengadun kek, settle! Lagipun mesin ni sangat menjimatkan masa dan tenaga.
Beli di sini!
#5 Cawan penyukat

Kredit: Mr.DIY
Bagi yang otak geliga dan suka sangat mengira, bolehlah gunakan cawan penyukat ni untuk sukat bahan masakan. Ia juga lebih murah berbanding penimbang digital.
Beli di sini!
#6 Spatula

Kredit: Freepik
Spatula penting bagi mencantikkan, meratakan, menerbalikkan, dan mengangkat kek.
Beli di sini!
#7 Penapis tepung

Kredit: Freepik
Kebanyakan tepung mesti ada kutu, jadi kenalah gunakan penapis untuk tapis kutu-kutu yang ada!
Beli di sini!
#8 Dulang penyejuk kek

Kredit: Unsplash
Letakkan kek pada dulang penyejuk kek setelah anda keluarkan daripada ketuhar.
Beli di sini!
#9 Pemasa

Kredit: Lazada
Pemasa penting terutama untuk jenis pelupa untuk elakkan kek daripada rentung!
Beli di sini!
#10 Sudu penyukat

Kredit: Freepik
Berapa banyak esen vanilla atau sprinkles yang kena letak? Sudu penyukat digunakan untuk menyukat bahan-bahan masakan jenis cecair atau kering, dan ia lebih tepat berbanding sudu teh yang biasa.
Beli di sini!
Apa tunggu lagi? Cepat beli bahan dan barangan yang diperlukan dan buat kek kegemaran anda!
No comments:
Post a Comment