Saturday, July 20, 2019

7 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Paus Pembunuh

10 perkara yang anda perlu tahu tentang paus pembunuh
Sangkaan anda salah jika anda mengangap ikan yu adalah predator yang di puncak rantai makanan kehidupan di laut.
Predator yang menjuarai tempat pertama di lautan ialah ikan paus orca atau pun lebih dikenali sebagai paus pembunuh.
Perkara ini disebabkan kisah dimana banyak nelayan pernah saksikan ikan paus orca ini mengalahkan ikan yu putih dewasa dan banyak lagi kisah lain.
Puas orca dipercayai memiliki kecerdasan yang tinggi dan disebabkan itulah mereka mampu mengalahkan ikan yu yang sering bertarung menggunakan firasat. 
Ini kami kongsikan fakta - fakta menarik tentang ikan paus orca.
#1 Pernah Disebut Pembunuh Paus
Paus pembunuh pernah dipanggil sebagai pembunuh paus kerana pelaut melihat ikan ini menyerang ikan paus.
#2 Paus Pembunuh Sebenarnya Bukan Paus dan Bukan Ikan
Paus pembunuh bukan ikan paus kerana mereka adalah sejenis mamalia laut. Paus pembunuh dikategarikan sebagai sejenis lumba - lumba. Dan disebabkan saiznya yang besar, mamalia ini disebut paus.
#3 Paus Pembunuh Terbesar Pernah Direkod Sepanjang 9.8 Meter
Saiznya adalah seperti saiz bas jika dibandingkan. Memiliki berat sekitar 11 tan atau pun bersamaan 9979 kilo.
#4 Memburu Dalam Kelompok 
Dikategorikan dalam Karnivora, Mereka makan ikan, termasuk yu putih, sotong, udang, anjing laut, singa laut, dugong, burung laut, penguin, kura-kura laut dan termasuk paus.
Paus pembunuh sering memburu dalam kelompok. Tahap keberhasilan pemburuan sangat tinggi kerana kecerdasan mereka.
#5 Tidak Dapat Mencium Bau
Paus pembunuh tidak memiliki organ penciuman dan dikatakan tidak boleh menghidu bau. Namun begitu, mereka memiliki penglihatan dan pendengaran yang sangat baik. Malah dikatakan lebih baik dari anjing dan kelawar.
#6 Tidur Dengan Satu Mata Sahaja
Ramai yang ingat bahagian tepi putih itu adalah mata mereka, tetapi sebenarnya bukan. Mata ikan paus terletak di tempat yang sama macam ikan lumba- lumba. Dan mamalia tersebut tidak boleh tidur sepenuhnya kerana mereka perlu naik ke permukaan laut untuk bernafas.
#7 Paus Pembunuh Tidak Pernah Membunuh Manusia Dalam Habitatnya
Tidak ada catatan yang mengatakan paus pembunuh menyerang, memakan manusia di habitat liarnya.
Pernah terjadi paus pembunuh ini membunuh tiga pelatih dan pegawai taman air laut kerana diserang oleh haiwan tersebut.
Kredit kumparan.com

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...