Oleh Feyra Nasrom Sumber CARI
Bersin mana boleh tahan. Sekali dah lepas, memang lega weh. Tapi perasan tak, ramai yang bersin kebanyakan akan tutup hidung, betul tak? Buat korang yang seringkali mengamalkan amalan itu, sila hentikan!
Untuk pengetahuan umum, amalan menutup hidung ketika bersin bahaya dan boleh memudaratkan diri. Sebab? Bersin akan menyahkan udara kotor dari paru-paru menerusi hidung. Jika anda secara tiba-tiba menghentikan bersin, tekanan bersin itu akan dialihkan pada telinga dan boleh meretakkan gegendang telinga. Perbuatan itu sekaligus akan menjejaskan pendengaran.
Selain itu juga, tekanan yang terperangkap itu akan menyebabkan pembuluh darah dalam mata terluka.
Bukan itu sahaja, menahan bersin akan menyebabkan leher dan diapghram terluka. Paling teruk, tindakan ini kaan menyebabkan pecahnya pembuluh darah dalam otak yang boleh menyebabkan berlakunya strok.
Tak kisah segan atau tidak selesa ingin menghembuskan bersin di tempat awam, korang kena tahu, amalan menahan bersin sangat tidak bagus dan boleh memudaratkan kesihatan diri.
No comments:
Post a Comment