Pernah tak anda nampak tompok - tompok hitam pada siling dan dinding rumah atau pejabat?
Tompok hitam tersebut sebenarnya adalah kulat yang terhasil daripada persekitaran yang lembab akibat kebocoran bangunan atau sistem pengudaraan tidak lancar.
Kulat ini tanpa sedar bukan sahaja merosakkan bangunan anda tetapi membawa kesan buruk pada kesihatan manusia.
Spora halus yang di bebaskan oleh kulat ini boleh di sedut masuk ke paru paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan.
Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.
Sekiranya tidak di bersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru paru terjejas dan mengkibatka masalah kronik seperti astma.
Bagi yang sememangnya menghidap astma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.
Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.
Cara Mencegah Kulat Ini
Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembab dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.
Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah.
Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.
Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertimbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut.
Jika bahan berfabrik di tumbuhi kulat dan sukar untuk di bersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.
Sumber: PublicHealthMalaysia
No comments:
Post a Comment