Showing posts with label Kosmo Online. Show all posts
Showing posts with label Kosmo Online. Show all posts
Saturday, September 2, 2017
Pengasas Sate Kajang Haji Samuri meninggal dunia
DATUK Samuri Juraimi iaitu pengasar Sate Kajang Hj Samuri, meninggal dunia di kediamannya, pada 12.05 tengah malam tadi.
Menurut Bernama, punca kematian iaitu barah hati disahkan oleh anaknya.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang.
Beratus penduduk setempat, saudara dan kenalan hadir di tanah perkuburan itu. Ibunya, Peah Kurus turut berada di pusara anaknya.
Sate Kajang Hj Samuri mula beroperasi dengan menjual sate secara kecil-kecilan pada 1992.
Kini syarikat yang dikategorikan sebagai peneraju dalam bidang perniagaan sate secara komersial mempunyai 20 cawangan beroperasi sekitar Kajang, Lembah Klang Putrajaya dan beberapa cawangan di Negeri Sembilan.
Sate Kajang Hj Samuri juga membekalkan sate kepada beberapa rangkaian hotel dan kafe terkemuka di Kuala Lumpur.
10 fakta yang mungkin tidak diketahui tentang Samuri dan jenama besar yang dibinanya.
1. Samuri mewarisi perniagaan sate daripada bapa saudaranya, Haji Tasmin.
2. Beliau kerap membantu bapa saudaranya itu sejak di zaman sekolah.
3. Berhenti kerja dengan sebuah syarikat telekomunikasi pada 1987 untuk menumpukan perhatian terhadap perniagaan sate.
4. Beliau diminta meneruskan perniagaan itu oleh anak-anak Haji Tasmin selepas kematiannya pada tahun 1992.
5. Ia kemudiannya membawa kepada penubuhan Sate Kajang Haji Samuri.
6. Menggunakan modal permulaan RM18,000, perniagaan itu pada mulanya berdepan cabaran tersendiri apabila ramai pelanggan meminta untuk menjamah Sate Haji Tasmin.
7. Sehingga kini sudah memiliki 20 cawangan di seluruh negara.
8. Turut memiliki tiga buah kilang untuk memproses sate dan kuah.
9. Lima orang anak hasil perkongsian hidup dengan Datin Jani Mohamad Amir turut meminati bidang perniagaan sate.
10. Rahsia kejayaan perniagaan sate Haji Samuri, "Jangan menipu pelanggan dan berikan mereka perkhidmatan terbaik."
Sumber
Saturday, August 5, 2017
Penawar HIV hampir ditemui
|
AP - GAMBAR yang dirakam menggunakan mikroskop elektron menunjukkan virus HIV berada di permukaan sebuah sel. WASHINGTON – Gergasi penjagaan kesihatan, Johnson & Johnson semakin hampir untuk menghasilkan vaksin HIV dengan firma berkenaan menyiarkan keputusan positif ujian klinikal me*ngenainya pada minggu ini. Pakar-pakar kesihatan percaya bahawa firma Amerika Syarikat (AS) yang lebih dikenali kerana jenama syampu dan losyen bayi itu berupaya menghasilkan vaksin pa*ling berpotensi bagi me*rawat jangkitan HIV yang menjejaskan 38 juta orang di seluruh dunia. Johnson & Johnson dijadual menyiarkan data ujian klinikal pertama vaksin HIV itu pada satu persidangan sindrom kurang daya tahan pe*nyakit (AIDS) di Paris semalam. Fasa kedua ujian klinikal itu akan menentukan sama ada rawatan tersebut selamat kepada manusia dan sekiranya berjaya, ia akan memberi laluan kepada ujian fasa ketiga melibatkan beribu-ribu penduduk di kawasan be*risiko tinggi jangkitan HIV di Afrika. Vaksin itu akan dilancarkan pada dekad akan datang sekiranya melepasi kesemua fasa ujian tersebut. Percubaan kepada manusia itu menyusul selepas kejayaan ujian praklinikal ke atas beberapa ekor monyet yang dijangkiti SIV, virus hampir sama dengan HIV tetapi berupaya me*rebak dengan lebih cepat. Vaksin yang diuji itu memberi perlindungan hampir lengkap kepada kumpulan monyet tersebut. HIV merupakan virus yang memusnahkan sistem imunisasi manusia, mengakibatkan penghidapnya diserang penyakit AIDS. Pada satu ketika dahulu, pesakit yang disahkan dijangkiti HIV diibaratkan seperti menerima hukuman mati, namun kemajuan di bidang sains membolehkan mereka mengambil ubat untuk mengekang virus itu dan menjalani kehidupan se*perti orang lain. Kadar jangkitan HIV bagaimanapun terus meningkat, manakala pakar-pakar kesihatan percaya vaksin adalah satu-satunya cara berkesan untuk me*ngatasi wabak tersebut. “Jika vaksin ini berhasil, ia benar-benar akan memberikan kelebihan yang besar. “Ini merupakan potensi kemajuan yang sangat mengujakan. “Penemuan ini juga menarik kerana melibatkan syarikat besar seperti Johnson & Johnson,” kata Mitchell Warren selaku Pengarah Eksekutif AVAC, sebuah badan kebajikan HIV yang berpangkalan di New York. Sebelum ini, berpuluh-puluh vaksin HIV telah menjalani ujian selama bertahun-tahun tetapi hanya satu vaksin, RV144 telah melepasi ujian klinikal fasa ketiga. Vaksin RV144 menunjukkan manfaat sederhana terhadap kuman HIV di Thailand dan diuji kepada 16,400 lelaki dan wanita bukan penghidap HIV lapan tahun lalu. Percubaan versi RV144 yang telah diubah suai turut dimulakan di Afrika Selatan tahun lalu. Kata Warren, vaksin ciptaan Johnson & Johnson itu berbeza daripada usaha lalu termasuk RV144 kerana potensinya untuk merawat semua jenis kuman HIV sekali gus menjadi vaksin HIV global. – Agensi |
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4nnAy3X00
Subscribe to:
Posts (Atom)
Nak mula jana income pasif dengan Honeygain?
Baru nak mula dengan Honeygain? 1️⃣ Install Honeygain di phone / laptop 2️⃣ Login → biarkan app running di background 3️⃣...
-
Mata adalah pancaindera yang sangat penting, sebab itu ia perlu dijaga dengan sebaik-baiknya. Sesetengah orang memandang ringan dan mengangg...
-
Subhanallah, walhamdulillah, Allahu Akbar…. Betapa kerdilnya kita manusia ini berbanding dengan makhluk ciptaan Allah SWT yang lain dalam al...
-
RAHSIA BUAT DUIT RM3,408.00 SEBULAN DENGAN HANDPHONE TANPA MENJUAL TOP UP ! Ribuan Rakyat Malaysia Telah Menikmati Pe...

