Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Sunday, June 29, 2014

Ramadhan oh Ramadhan




Assalammualaikum.. 
Marhaban Ya Ramadhan•••
Dengan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua sekiranya ada salah dan silap selama ini.. Semoga Ramadhan kali ini akan membawa keberkatan dan rahmat untuk kita semua..♡ Amin yaa rabbal alamin...

Saturday, March 8, 2014

SELAMAT HARI WANITA


Assalamualaikum...

Selamat Hari Wanita buat wanita-wanita di seluruh dunia. Jasa dan pengorbanan mereka, amat besar. Islam sendiri telah mengangkat martabat seorang insan yang bergelar wanita ini. Wanita merupakan tulang belakang seorang lelaki, seperti Saidatina Khadijah, Aisyah Humaira, Masitah, Sumaiyah dan ramai lagi. Jom kita jadikan mereka, idola kita.


Selamat Hari Wanita Sedunia

Kelebihan Seorang Wanita.
  1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang selamat dan terbaik. Sudah pasti itulah intan permata bandingannya dengan seorang wanita.
  2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya tiga kali lebih utama daripada kepada bapanya ?
  3. Wanita menerima harta warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah bahawa harta itu akan menjadi miliknya dan tidak perlu diserahkan kepada suami? Sementara suami apabila menerima harta warisan ia wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya ?
  4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala mahluk, malaikat dan seluruh mahluk Allah dimuka bumi ini, dan tahukah jika ia meninggal karena melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.
  5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita, iaitu : Isteri, Ibu, Anak perempuan dan saudara perempuan. Ertinya , bagi seorang wanita tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh empat orang lelaki, iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
  6. Seorang Wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu mana saja yang disukainya cukup dengan empat syarat saja, iaitu : solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.
  7. Seorang lelaki wajib berjihad di jalan Allah, sementara bagi wanita jika taat kepada suami serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah SWT, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad di jalan Allah SWT tanpa perlu mengangkat senjata.


Thursday, August 8, 2013

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1434H

Salam ceria,
Saya dengan rendah hatinya ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir dan batin kepada Ibubapa, family, sahabat handai dan sesiapa yang mengenali diri ini.
Semoga Syawal kali ini membawa seribu keberkatan dalam hidup kita. Amin.
Lapar puasa terketar-ketar,

Bila berbuka lega rasanya,
Kad raya tak sempat nak hantar,
Kiriman email pun dah kira ok lah ye =)

Apam Polkadot - Selamat_Hari_Raya

Friday, August 17, 2012

Selamat Menyambut Aidilfitri 1433 H


Selamat menyambut Eidul Fitri 1433 H, Min Aidzin Wal Faidzin kepada semua pengunjung Blog ini. Walau langkah tak bertemu..biarpun tangan tak berjabat.. ucap tak terdengar.. mata tak bertentang..maafkan segala kekhilafan yang lalu..kerana ada kalanya lidah terlanjur biacara dan hati salah menduga, salam aidilfitri..moga sinarnya membahagiakan kita semua..maaf zahir batin.  Mudah-mudahan Allah terima amalan kita semua.



Sunday, November 6, 2011

Suami harus baca tiap-tiap masa tentang ini


Love her...when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.
Love her...when she "pushes" you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).
Love her...when she asks you to play with the kids. She did not "make" them on her own.
Love her...when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you
Love her...when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.
Love her...when her cooking is bad. She tries.
Love her...when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.
Love her...when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.
Love her...when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she's beautiful.
Love her...when she looks beautiful. She's yours so appreciate her.
Love her...when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.
Love her...when she buys you gifts you don't like. Smile and tell her it's what you've always wanted.
Love her...when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change.
Love her...when she cries for absolutely nothing. Don't ask, tell her its going to be okay
Love her...when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)
Love her...when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass
Love her...when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway
Love her...when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.
Love her...when she argues. She only wants to make things right for both
Love her...she is yours. You don't need any other special reason!!!!
All this forms part of a Woman's Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen.
The Messenger of Allah (peace be upon him) advised concerning the woman:
  • Treat the women well
  • The best of you are those who are the best in the treatment of their wives
Sumber

Tips memikat lelaki


  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
  2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
  6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
  9. Jangan terlalu mengongkong.
  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
  12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
  13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
  16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
  19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
  20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
  22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
  24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
  25. Mengetahui bila hari lahirnya.
  26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
  28. Manja!
  29. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
  30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.
  31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.
  32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
  33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
  34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
  35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
  36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
  37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
  38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
  39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
  40. Jangan bersikap terlalu kuno.
  41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
  43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
  44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
  45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
  47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
  48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
  49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
  50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!
Untuk pengetahuan anda, tips yang ke-28 itu saya edit dari Agresif kepada Manja! :d

Sumber

Friday, September 16, 2011

Selamat Menyambut Hari Malaysia Yang Ke 48

Semoga keamanan dan kemajuan yang kita kecapi ini akan dapat dikekalkan selama mana yang boleh.Semoga para pemimpin yang bakal memimpin negara dikemudian hari terdiri daripada kalangan mereka-mereka yang bijak yang mampu membawa Malaysia ini keperingkat yang tertinggi.


Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah ya tuhanku,aku bermohon kepadamu yang Allah,engkau peliharakan kedaulatan negara  ini dari sebarang ancaman luar yang sentiasa cuba untuk merosakkan negara kami,engkau peliharakanlah negara kami dengan menjaga pemimpin-pemimpin yang jujur dan amanah yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi,engkau jatuhkan pula pemimpin-pemimpin  yang sentiasa menyalahguna kuasa demi kepentingan sendiri.
Kau peliharalah rakyat kami daripada finah yang berleluasa ketika ini,kau sampaikan berita benar untuk dijadikan panduan diantara kami,kau bantulah kami untuk memilih pemimpin yang bakal menjaga agamamu yang suci ini,supaya segala bentuk pemerintahan dan pembangunan yang bakal berlaku di tanah yang ku pijak ini akan diberkati olehmu ya Allah.
Amin

Saturday, August 27, 2011

Salam Lebaran . . .



selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua..dan selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke-54..pandu cermat jiwa selamat..ingatlah orang menuggu kepulangan kita..jgn sampai mereka menuggu kepulangan kita dengan tangisan..anda mampu mengubahnya..

Nak mula jana income pasif dengan Honeygain?

       Baru nak mula dengan Honeygain? 1️⃣ Install Honeygain di phone / laptop 2️⃣ Login → biarkan app running di background 3️⃣...