Friday, May 17, 2013

Avoid the 7 Danger Signs of a Toxic Liver


Tahap kesihatan seseorang itu selalunya dikaitkan dengan kesihatan hati (hepa), begitulah pentingnya organ hati dalam kehidupan kita. Hati yang sihat menyebabkan seseorang itu bertenaga, kuat, aktif dan badan tidak bertoksik, serta kelihatan muda dan sihat.

Hati merupakan organ kedua terbesar, iaitu seberat lebih kurang 1.36 kg (3 pounds), selepas kulit.

Kenapa hati sangat penting?
Hati adalah organ yang menjalankan lebih daripada 500 fungsi biologi badan yang kritikal dengan menghasilkan lebih daripada 13,000 bahan kimia dan hormon yang berguna, mengawal lebih daripada 50,000 enzim dan sebatian yang diperlukan bagi menjaga kesihatan badan, memproses semua makanan dan minuman serta ubat yang diambil, dan membersihkan darah daripada toksin yang bahaya.

Di antara fungsi hati yang utama ialah:

1. Membersihkan darah daripada toksin yang bahaya
Sel-sel hati mampu menguraikan bahan toksik atau bahaya daripada makanan, air dan udara dalam sistem peredaran darah bagi memastikan seseorang itu sihat.

2. Menghadamkan lemak dengan penghasilan air hempedu
Air hempedu yang berwarna kekuningan berfungsi menguraikan lemak dalam sistem penghadaman.

3. Mengawal atur paras kolesterol dalam darah
Hati menyingkirkan kolesterol berlebihan dari badan secara semulajadi bagi memastikan tahap kolesterol tidak baik (LDL) dan triglycerides tidak naik supaya arteri (salur kecil darah) tidak tersumbat.

4. Mengawal atur paras gula dalam darah
Hati juga berfungsi membantu mengekalkan kandungan gula yang tidak berlebihan dalam darah bagi mengelakkan diabetes.

5. Memberi (sumber) tenaga kepada badan
Hati juga berfungsi menguraikan molekul gula dan lemak bagi menghasilkan sumber tenaga utama bagi badan.

6. Menggalakkan keseimbangan hormon yang sihat
Hati mampu menseimbangkan kandungan hormon yang sihat dengan menggunakan triglycerides yang terdapat di dalamnya. Bagi menghasilkan hormon testosteron dan estrogen dalam jumlah yang sesuai, lemak triglycerides adalah diperlukan. Ini yang menjadikan hati yang sihat sebagai sumber tenaga, aktif, rasa bahagia dan sihat.

7. Meningkatkan sistem imun badan
Hati mengandungi lymphocytes dan sel pembunuh bendasing semulajadi yang lain bagi melindungi badan daripada serangan kuman/bendasing dan jangkitan penyakit.

8. Menyembuh luka
Hati mampu menyembuhkan luka dengan membuat faktor pembekuan darah bagi menghalang pendarahan yang berlebihan dan kemudian memperbaiki kulit/tisu yang luka.

9. Menyediakan nutrien kepada badan
Sebenarnya hatilah yang mengumpulkan nutrien daripada makanan, minuman dan suplemen, bukannya usus. Kemudian nutrien ini diproses di hati dan disebarkan ke seluruh organ dan sel untuk memastikan seseorang itu sihat.

10. Hati yang letih atau terlalu terbeban akan menyebabkan rasa tua, letih dan lemah sebelum tiba masanya.

Di antara tanda-tanda hati yang lemah atau terlalu terbeban ialah:

a. Badan kurang bertenaga dan terasa lemah.

b. Kerap mengalami ketidakhadaman makanan, perut kembung, cirit-birit atau sembelit.

c. Fikiran tidak tenang dan kerap berserabut.

d. Berat badan bertambah.

e. Otot-otot kejang, sakit-sakit dan lemah.

f. Tahap kolesterol dalam darah tinggi.

g. Kandungan gula dalam darah juga tinggi.

Oleh itu, jagalah kesihatan hati supaya kesihatan badan keseluruhan juga akan terjaga.

Jauhilah habit atau perlakuan harian yang boleh merosakkan hati, iaitu:

1. Tidur terlalu lewat dan bangun juga terlalu lambat.

2. Tidak kencing selepas bangun tidur atau pada waktu pagi.

3. Terlalu banyak makan.

4. Tidak bersarapan pagi.

5. Terlalu banyak makan ubat-ubatan.

6. Terlalu banyak makan bahan pengawet, bahan tambahan dalam makanan diproses (additives), pewarna makanan dan pemanis tiruan.


liver_diagram

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...