hadith sahih riwayat Al-Bukharidan Muslim:
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi disebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad',
kerana ia adalah pokok Yahudi". dengan masa yang agak singkat, beliau menceritakan akan gementarnya puak2 yahudi tentang kebenaran hadith ini, maka dengan rancaknya mereka sekian lama mencari tapak untuk menanam pokok-pokok gharqad ini, dan kini telah ditanam secara meluas di tanah palestin. betapa gilanya orang yahudi ini, yang menentang orang islam, tetapi dalam masa yang sama mempercayai kesahihan hadith ini. entah kenapa, hati aku teramat tertarik dengan hadith ini.
selepas solat terawih, aku masuk ke dunia cyber ini, mencari maklumat mengenai perkara berkaitan dengan hadith? tersebut. banyak artikel yang? terdapat dalam internet yang aku jumpa mengenai pokok gharqad ini, ianya juga dikenali dengan nama boxthorn. dalam banyak2 halaman internet yang paling menarik perhatian aku ialah halaman kerajaan yahudi ini sendiri di israel .
halaman ini ialah JewishNational Fund.( <http://www.jnf.org/> ) dari maklumat yang ada di halamanitu, yahudi ini ada satu dana kebangsaan yahudi yang khas untuk penanaman pokok!!!bayangkan, satu dana kebangsaan khas untuk tujuan tersebut disamping TUJUAN UTAMAnya adalah mencari tanah untuk puak2 yahudi ini tinggal.
ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek2 lain. wallahualam la pokok apa yg ditanam sebanyak 220 juta itu. tetapi jika benar, pokok gharqab ini yang ditanam mereka, maka sahlah yahudi ini sememangnya mengakui kebenaran Islam tetap tetap menentang Islam."
Goji
Pohon Goji adalah tumbuhan asli Selatan dan Timur Eropah, dan negara-negara Asia. Terdapat 2 varieti yang hampir sama, spesis Lycium barbarum dan L. chinense. Dan kira-kira 90 sub-spesis yang tumbuh di zon beriklim sederhana dan subtropika.
Pohon Goji tumbuh meninggi sekitar 1-3 meter. Spesis L. chinense lebih rendah dari L. barbarum. Bunganya berbentuk seperti loceng selebar 9–14 mm, berwarna lavender atau jingga muda. Secara amnya, buahnya kecil bujur melingkari sekitar 1–2 cm, manis dan sedikit masam. Di dalam buah Gojiberry, terdapat sebanyak 10–60 biji-biji kecil berwarna kuning.
Gojiberry adalah nama komersial yang diberikan oleh negara Barat. Nama lain ialah Wolfberry, goji Tibet, goji Himalaya. Goji India ialah "murali", China pula memanggil "gǒuqǐ" dan "pinyin".
Gojiberry sangat di sanjung oleh para sami Tibet sehingga diadakan upacara meraikannya selama 2 minggu pada setiap akhir tahun.
Di negara China, Gojiberry sangat istimewa, terutama pada masyarakat Zhongning, negeri Ningxia. Gojiberry di tempat ini dikatakan yang terbaik di dunia, mungkin kerana tanah beralkalin (pH 8.2 – 8.6) dan iklim yang bersuhu melampau dari 102 F – 16 F (38 C -27 C).
Kira-kira berapa usia? mungkin 70 + tahun....
Penduduk Ningxia kebanyakannya beragama Islam dan mengamalkan Gojiberry sebagai makanan harian untuk kekal sihat. Rata-rata, usia mereka melewati 100 tahun.
"Lagenda Kerajaan Ningxia, kira-kira 3000 tahun yang silam, ketika Raja Ningxia berburu di Bukit He Lan, Baginda ternampak seorang wanita sedang memukul seorang lelaki tua berjanggut. Baginda hairan, lalu bertanya kepada wanita itu apa yang terjadi? Wanita itu menjawab: "Saya sedang memukul cucu saya!".
Baginda amat terkejut dan bertanya kepada wanita itu berapa umurnya dan kenapa dia kelihatan begitu muda. Wanita itu menjawab: "Saya berumur 260 tahun. Ketika musim bunga, saya makan daun Goji dan minum teh Goji. Ketika musim panas, saya makan buah Goji, dan pada musim luruh saya mengambil akar Goji dan membuat pes. Inilah rahsia saya".
Baginda amat kagum dan menasihati seluruh rakyat Baginda agar mengamalkan permakanan Gojiberry. Semenjak hari itu, rakyat negara itu mengamalkannya setiap hari."
Kegunaan
Gojiberry selalunya di jual dalam bentuk kering, di dalam kotak atau paket. China adalah pengeluar terbesar ke seluruh dunia.
Masakan. Secara tradisional, goji berry yang kering digunakan dalam beberapa resepi masakan; seperti sup, puding, nasi, sayur-sayuran dll. Daun pucuknya digunakan sebagai sayur-sayuran dan ulam/lalap. Juga digunakan sebagai bahan perasa pada makanan dan minuman.
Perubatan Tradisional. Gojiberry telah digunakan sejak 6,000 tahun lalu oleh masyarakat perubatan herba China, Tibet dan India; bertujuan menyihatkan hati, mata, meningkat tenaga batin dan sistem kesuburan, memperkuat kaki dan tulang, memperteguh sistem kekebalan tubuh, melancar pengaliran darah, dan melanjutkan usia. Masyarakat Cina menggunakan daun dan kulit akar sebagai bahan minuman teh. Juga di campur sebagai salah satu bahan dalam minuman arak.
Komersial. Buah Gojiberry boleh di makan, samada mentah atau kering. Harini, Gojiberry di buat jus minuman, di campur atau tanpa di campur dengan buah-buahan lain. Masyarakat Asia, terutamanya orang-orang Cina, mencampurkan goji berry sebagai bahan rempah dalam masakan daging, ikan, dan juga mengadunkan dengan nasi. Juga di adun dalam pembuatan roti sepertimana kismis. Terdapat juga Gojiberry sebagai salah satu bahan sabun, yogurt, dan minyak essential.
Kandungan Nutrien & Khasiat Gojiberry
Menurut analisa yang dilakukan oleh "Beijing Nutrition Research Institute", China:
" Gojiberry mengandungi rangkaian anti-oksidan "carotenoids" yang sempurna, menjadikan ia di kalangan makanan yang tertinggi kandungan carotenoids yang pernah diketahui; lebih banyak beta- karotin dari lobak merah/wortel, dan zeaxanthin (menyihatkan mata), dan melebihi 500 kali ganda vitamin C daripada oren apabila di ukur sama berat,(bererti menjadikan ia nombor 3 makanan terkaya sumber vitamin C di bumi ini, selepas kakadu plum dan camu camu)."
Menurut kajian tersebut, gojiberry juga kaya dengan 18 jenis asid amino, 21 jenis zat gizi, tinggi kandungan vitamin B1, vitamin B2, vitamin B6 dan vitamin E. Lebih kurang 11mg/100g zat besi, di samping "betasisterol, sesquiterpenoids (cyperone, solavetivone - bahan anti-kulat), tetraterpenoids dan betaine untuk pencernaan. Gojiberry juga mengandungi "polysaccharides" yang menyumbang kepada sistem kekebalan tubuh. Gojiberry juga kaya dengan asid lemak, zat-zat omega yang menyihatkan tubuh, yang diperlukan untuk menghasilkan hormon, mempertingkat daya fikiran dan fungsi sistem saraf. Kandungan asid linoleic juga tinggi.
Dan menurut satu artikel lain yang dikeluarkan oleh "The National Library of Medicine", Bethesda, Maryland, Gojiberry mengandungi:
19 asid amino termasuk 8 jenis yang sangat diperlukan oleh tubuh.
21 unsur zat galian/gizi, termasuk germanium, unsur mineral anti kanser yang jarang ditemui dalam makanan.
13% protein (lebih tinggi berbanding dengan gandum).
Rangkaian lengkap anti-oksidan Karotenoid, termasuk beta-karotin (jauh lebih baik dari lobak merah/wortel).
Zeaxanthin dan Lutine (melindungi mata dan memperbaiki penglihatan).
Vitamin C yang tinggi melebihi kadar yang terkandung di dalam oren.
Vitamin B Komplex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga.
Vitamin E , jarang ditemui dalam buah-buahan, hanya terdapat dalam bijiran.
Beta-Sitosterol, agen anti-keradangan, juga menurunkan kadar kolestrol, selalu digunakan untuk merawat masalah seksual, mati pucuk, dan masalah prostat.
Asid lemak yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan hormon-hormon, dan melancarkan fungsi otak dan sistem saraf.
Cyperone, berfaedah kepada jantung dan merendahkan tekanan darah, melegakan ketidak-selesaan ketika haid, dan juga digunakan dalam rawatan kanser servik/rahim.
Solavetivone, sebatian anti-bakteria dan anti-kulat yang berkesan.
Physalin, sebatian alami yang aktif mencegah jenis-jenis leukemia dan kanser, digunakan untuk merawat hepatitis B.
Betaine, sebatian yang digunakan oleh hati untuk menghasilkan choline, berkesan mententeramkan ketegangan urat-saraf, meningkatkan daya ingatan, meningkatkan pertumbuhan otot, dan melindungi penyakit hati berlemak. Betaine juga menyediakan kumpulan methyl dalam tindak-balas tenaga di dalam tubuh, dan membantu mengurangkan paras homocysteine, iaitu penyebab risiko utama kepada penyakit jantung. Ianya juga melindungi DNA.
Ringkasnya, berdasarkan kepada analisa di atas, Gojiberry memiliki khasiat yang istimewa untuk kesihatan !!!
Banyak analisa, dari masa kesemasa, dilakukan mengenai kandungan nutrien Gojiberry. Hasil kajian juga berbeda; mungkin disebabkan berbezaan varieti Gojiberry, tanah ia tumbuh, dan juga faktor iklim. Beberapa kajian lanjutan juga masih dijalankan untuk kesahihan kandungan nutrien Gojiberry.
Buah pokok yahudi
Buah GOJI
Ulasan saya:
Buah ghargad agak bulat bentuknya.....Sekarang ni kita tak pernah dengar pon buah Ghargad dikomersilkan....Buah goji pula bujur bentuknya
mungkin sama spesis tapi berlainan gunanya....ghargad langsung tak berguna...goji banyak gunanya.
No comments:
Post a Comment