Kadang-kadang kita buntu nak makan apa untuk sarapan, atau kita terlalu suntuk masa untuk packing makanan tengah hari. Mari kita berkongsi 3 resepi sandwich yang mudah dibuat!
1. Grilled Cheese
Ini merupakan makanan favourite warga US sebab ianya mudah!
Anda perlukan:
5 sudu mentega
2 keping roti (nak best guna roti sourdough)
Beberapa keping keju
Cara-caranya:
- Sapu mentega di satu bahagian kepada dua keping roti. Bahagian ini akan menjadi bahagian bawah dan letakkan keping keju anda diatas kedua-dua keping roti tersebut. Letak ikut kesukaan anda.
- Panaskan kuali di atas api sederhana dengan sedikit mentega. Apabila sudah cair, masukkan kedua-dua keping roti tadi dengan bahagian yang disapu mentega di bawah. Biar sehingga roti menjadi keemasan dan keju mulai cair.
- Terbalikkan satu keping roti di atas roti yang lagi satu tadi. Biar selama 30 saat, dan sudah siap Grilled Cheese anda!
2. Chicken Salad Sandwich
Anda perlukan:
3 dada ayam
1 biji lemon
1 epal hijau
½ bawang merah, dicincang halus
2 batang saderi, dicincang halus
2/3 cawan mayonis
¼ cawan Dijon mustard
Garam
Lada hitan
Roti perancis
Daun salad
Cara-caranya:
- Letakkan dada ayam tadi di dalam periuk yang sesuai. Belah lemon kepada beberapa hirisan nipis dan masukkan kedalam periuk. Masukkan juga sedikit garam dan lada hitam. Isi periuk dengan air sehinnga ayam tenggelam. Hidupkan api dan biarkan mendidih, kemudian kurangkan kepanasan dan biarkan selama 10 minit. Selepas masak, biarkan dada ayam tersebut untuk sejuk selama 10 minit sebelum dipotong dadu sebesar 1 inchi.
- Di dalam mangkuk yang besar, campurkan ayam, epal, bawang dan saderi.
- Di dalam mangkuk yang lain, campurkan mayonis, Dijon mustard bersama garam dan lada hitam. Perahkan sedikit jus lemon dan gaul sehingga sebati.
- Campurkan kedua-dua mangkuk tersebut.
- Hidangkan salad ayam tersebut bersama roti perancis dan sedikit daun salad.
3. Sloppy Joe Grilled Cheese
Ini upgrade kepada Grilled Cheese kita tadi
Bahan-bahan:
1 sudu besar minyak zaitun
1 biji bawang merah, dicincang
½ kg daging lembu kisar
2 biji bawang putih
½ cawan sos tomato
3 sudu besar gula perang
2 sudu besar mustard
1 sudu serbuk cili
Garam
Lada hitam
4 sudu mentega, untuk roti
8 keping roti sandwich
2 cawan keju cheddar
Cara-cara:
- Di dalam kuali sederhana besar, panaskan minya di atas api sederhana. Masukkan bawang merah. Masak dan gaul selama 5 minit sehingga bawang mulai lembut. Masukkan daging kisar kita dan gaul selama 6-8 minit sambil mencerai-ceraikan daging tersebut.
- Setelah daging tidak lagi kemerahan, masukkan sos tomato, bawang putih, gula, mustard dan serbuk cili. Gaul kesemua bahan tersebut sehingga sebati selama lebih kurang 5 minit. Masukkan garam dan lada hitam sekucup rasa. Masak sehingga kuah kering atau menjadi pekat dan tuangkan ke mangkuk yang besar. Ini adalah “Sloppy Joe” anda.
- Bina sandwich anda: sapu mentega di satu bahagian bagi setiap keping roti. Letakkan sekeping roti di atas kuali leper yang berada pada api sederhana, dengan belah mentega di bawah. Sendukkan sloppy joe anda di atas roti tersebut bersama hirisan keju cheddar dan tutupkan sandwich anda dengan sekeping roti yang lain dimana bahagian yang disapu mentega berada di atas.
- Biarkan pada api sederhana sehingga roti menjadi keemasan dan terbalikkan sandwich anda. Lebih kurang 3 minit setiap bahagian. Ulang langkah diatas sehingga anda buat bilangan sandwich yang dingini atau sehingga bahan anda habis!
Selamat mencuba!
Sumber: Delish
No comments:
Post a Comment