Saturday, November 23, 2019

Resipi Sate Ayam Lazat!

Alangkah indahnya minum petang sekiranya disinari dengan pemandangan sate ayam yang lazat lagi empuk. Namun, zaman sekarang ini, harga sate ayam semakin melambung tinggi. Haa, apa kata kita buat sendiri? Kita boleh buat seberapa banyak yang kita mahu dan mengikut citarasa sendiri! Meh kita berkongsi resipi daripada seorang penjual sate dari Facebook ini.
resipi sate ayam lazat!
BAHAN-BAHAN:
  • 2 kg isi ayam – dipotong dadu sebesar 1 inci
  • ½ kg gula
  • 4 biji bawang besar
  • 1 labu bawang putih
  • 4 batang serai
  • 5 inci halia / lengkuas
  • 2 sudu makn serbuk jintan manis
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
  1. Basuh isi ayam hingga bersih. Toskan
  2. Kisar bawang besar, bawang putih, serai, halia dan lengkuas hingga halus
  3. Masukkan isi ayam ke dalam bekas. Tambahkan gula, bahan kisar, serbuk jintan manis, serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Gaul sebati.
  4. Perap seketika isi ayam dan kemudian cucuk menggunakan lidi. Lagi lama diperap, semakin banyak perencah terserap ke dalam ayam. Saiznya ikut selera
  5. Bakar sate pada api yang sederhana hingga masak dan nikmati bersama kuah kacang dan nasi impit!
resipi sate ayam lazat!
Sumber: Facebook

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...