Apakah itu vaksin?
Ramai yang sebenarnya sama ada masih terkeliru atau salah faham mengenai vaksin dan penggunaannya. Pertama sekali kita kena faham yang badan kita memang mempunyai sistem pertahanan semula jadi iaitu sistem imunisasi yang terdiri daripada jaringan hormon tertentu, sel darah putih dan beberapa komponen yang lain.
Pada keadaan normal, sistem ini cukup untuk memerangi segala bakteria atau kuman (patogen) yang menyerang badan. Tetapi, dalam kes-kes tertentu, terdapat patogen yang agak kuat sehingga sistem imunisasi kita tergendala atau tidak terkawal. Pada kebiasaannya patogen sebegini memberikan masalah yang sistem imunisasi kita tidak dapat hasilkan pertahanan terhadapnya secara semula jadi.
Vaksinasi adalah cara kita ‘memperkenalkan’ patogen ini kepada sistem imunisasi kita. Dengan cara ini, badan kita bersedia untuk memeranginya jika kita dijangkiti.
Vaksinasi telah membantu manusia untuk mengawal dan membasmi panyakit-penyakit yang merbahaya seperti polio, campak, kancing gigi dan batuk kokol yang sebelumnya menyebabkan kematian dan wabak yang kronik.
Vaksinasi bukan sahaja melindung satu-satu individu. Untuk memebasmi dan mempertahankan kesihatan manusia secara menyeluruh, vaksin perlulah diambil sekurang-kurangnya 95% oleh individu di dalam sesebuah komuniti. Ini dipanggil ‘herd immunity’ atau imuniti kumpulan.
Bagaimanakah vaksin ini berfungsi?
Sistem imunisasi badan kita, secara umunya melindungi badan kita kita daripada anasir-anasir luar, termasuk kuman, bakteria dan virus atau nama kelompoknya, patogen. Walaubagaimanapun, sistem ini hanaya akan berfungsi sekiranya mereka dapat mengenalpasti bahawa sesuatu patogen itu membahayakan badan kita.
Vaksin melatih sistem imunisasi untuk mengenal pasti patogen-patogen penyakit berbahaya ini supaya ia dapat membina pertahanan dan sel-sel yang boleh mengenal pasti bahawa patogen ini membahayakan badan manusia. Ini dapat memepercepat sistem kita untuk memeberikan tindak balas kepada sesuatu penyakit itu.
Vaksin berfungsi dengan menyuntik patogen-patogen tersebut yang ‘selamat’ ke dalam badan manusia. Versi-versi selamat ini termasuk:
- Bahagian luaran patogen ini sahaja (molekul protein atau gula yang ada pada patogen)
- Patogen yang telah mati atai tidak aktif
- Sejenis bahan kimia atau toksin yang dilepaskan oleh patogen yang telah dimodifikasikan
- Patogen yang lemah
Seperti yang tertera di atas, versi-versi ‘selamat’ ini tidak mempunyai kuasa untuk menyerang badan kita, tatapi sistem imunisasi dapat berlatih untuk mengenal pasti identiti patogen ini bagi membina petahanan yang mencukupi sekiranya badan kita betul-betul dijangkiti patogen tersebut.
Sekiranya anda memahami sepenuhnya konfigurasi vaksin ini, anda akan faham tentang kepentingannya kepada diri sendiri dan anak-anak kita. Vaksinasi adalah sangat penting kepada kanak-kanak kerana pertama, sistem imunisasi mereka massih muda, dan kedua, sistem imunisasi mereka berada pada tahap perkembangan yang memudahkan lagi penghasilan pertahanan terhadap patogen-patogen ini. Anda boleh merujuk jadual vaksinasi anak-anak dibawah KKM di pautan ini dan ini.
Selamatkah vaksin nih?
Vaksin secara umumnya adalah selamat. Setiap satu daripadanya perlu dan telah melalu pelbakai ujian yang telus dan intensif. Pakar akan menjalankan kajian, oemeriksaan dan penelitian sebelum satu-satu vaksin itu dilepaskan untuk penggunaan umum.
Kajian yang tidak terbilang dibelakang pengenalan vaksin ini menjadi bukti yang kukuh bagi menjamin keselamatan penggunaan vaksin ini. Kesan sampingan adalah jarang dan sekiranyapun ia berlaku, ianya bukanlah kesan sampingan yang teruk.
Risiko sekiranya anda tidak menerima vaksin adalah terlalu besar sekiranya mahu dibandingkan dengan kesan-kesan sampingan kecil yang mungkin akan anda lalui selepas proses vaksinasi.
Kesan sampingan vaksinasi
Setiap aplikasi perubatan, pastio ada kesan sampingan. Persoalannya adalah ianya sedikit atau banyak, dan ringan atau teruk. Kebanyakan kesan sampingan suntikan vaksin adalah ringan. Mungkin juga anda tidak akan mengalami sebarang kesan sampingan.
Berikut adalah kebarangkalian kesan sampingan yang anda akan lalui sekiranya menerima suntikan vaksin. Sesetengah risiko ini adalah sangat-sangat jarang.
- Kesakitan, kemerahan dan sedikit lebam di tempat suntikan
- Sakit sendi di tempat berhampiran suntikan
- Otot menjadi lemah
- Demam panas yang tidak serius
- Gangguan tidur
- Kelemahan
- Kehilangan memori
- Kelumpuhan
- Kehilangan pendengaran atau penglihatan
- Sawan
Terdapat beberapa faktor yang meningkatkan lagi risiko anda mendapat kesan sampingan yang agak teruk
- Sekiranya anda mempunyai sistem imunisasi yang lemah atau tidak terkawal
- Sakit di saat menerima suntikan
- Mempunyai sejarah keluarga yang alah kepada vaksin
Ditekankan sekali lagi, kesan sampingan yang teruk dan serius adalah sangat jarang.
Berikut adalah sedikit sebanyak informasi mengenai prosedur dan kesan sampingan suntikan vaksin. Sebagai seorang manusia yang bertanggungjawab, kita sepatutnya mendapatkan vaksin untuk diri sendiri, dan juga orang sekeliling kita terutamanya sekiranya kita mempunyai anak-anak kecil. Kajian perubatan zaman sekarang sudah maju ke hadapan, jadi tiada alasan lagi untuk kita tidak menerima vaksin ini.
Sumber: Healthline
No comments:
Post a Comment