Wednesday, December 11, 2019

5 Rahsia Kesihatan Biji Bijan

Biji bijan merupakan bahan penambah di dalam sesetengah masakan. Ia juga selalu dijadikan sebagai penghias masakan sebelum dihidang.
Anda juga boleh mendapatkannya dalam bentuk minyak yang dapat menambahkan lagi aroma masakan anda.
Pernahkah anda melihat BUAH bijan? Di bawah inilah buah bijan di mana biji bijan yang ditabur di atas roti ban burger itu didapatkan.
5 rahsia kesihatan biji bijan

 

Namun begitu, tahukah anda bahawa biji bijan mempunyai pelbagai khasiat yang sangat bagus untuk kesihatan kita?

 

1. Sumber serat yang bagus

Tiga sudu biji bijan (30 gram) mempunyai 3.5 gram fiber, iaitu 12% daripada pengambilan serat harian yang disarankan. Serat sangat penting dalam membantu melawaskan sustem pencernaan manusia.

 

2. Boleh mengurangkan tahap kolesterol

Pengambilan biji bijan secara terkawal dan berpatutuan dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Hal ini sangat bagus kerana ia mengurangkan risiko serangan sakit jantung.

 

3. Sumber berkhasiat bagi mendapatkan protein yang berasaskan tumbuhan

Bagi biji bijan yang tidak diproses, 30 gram daripadanya mengandungi sebanyak 5gram protein. Hal inisangat berguna bagi mereka yang kekurangan protein di dalam diet mereka atau yang mengamalkan diet tanpa daging.

 

4. Mengurangkan tekanan darah

Bifi bijan mempunyai kandungan magnesium yang dapat memebantu dalam mengurangkan tekanan darah tinggi.

 

5. Membantu sistem imunisasi anda

Biji bijan merupakan sumber kepada beberapa nutrien yang bagus dalam menguatkan sistem imunisasi badan kita. Antaranya adalah zink, selenium, zat besi dan vitamin B6 dan E.

 

5 rahsia kesihatan biji bijan

 

Berdasarkan fakta di atas, pengambilan biji bijan yang mencukupi dan tidak terlalu sedikit, dapat membantu dalam meningkatkan kesihatan secara umum. Pilihan yang lebih baik adalah dengan mengambil biji bijan yang tidak diproses. Ia mempunyai lebih banyak khasiat.
Sumber: Healthline

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...