Saturday, December 14, 2019

Penyelamat Ikan Lumba-lumba Mendapat Pujian Netizen


Video di bawah menunjukkan aksi terpuji pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyelamatkan seekor ikan lumba-lumba yang terdampar di tepi Pantai Tanjung gelam dekat Kuala Nerus baru-baru ini.
Sekumpulan tujuh pelajar jurusan Biologi Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya menyelamatkan seekor ikan lumba-lumba yang terdampar di Pantai Tanjung Gelam dekat Kuala Nerus tengahari semalam.


Video: Syafiqah Nabilah Mutalib & Wan Amirul Syafiq - pelajar UMT


 

Video yang disumberkan oleh pelajar UMT (Syafiqah Nabilah Mutalib dan Wan Amirul Syafiq) itu menampakkan tindakan tangkas dan pantas pelajar lelaki tersebut demi menyelamatkan haiwan laut tersebut. 
Tindakan beliau mendapat pujian daripada warganet yang menyaksikan video tersebut di laman web Twitter.

 

 

 

Ramai juga yang menyatakan rasa sebak melihat kejadian tersebut berlaku. nasib ikan tersebut mungkin berakhir dengan tragedi sekiranya mereka lambat bertindak.

 

 

Kejadian seperti ini sangat jarang berlaku. Ikan lumba-lumba adalah antara spesis mamalia yang menghabiskan keseluruhan hidupnya di dasar laut, sama seperti ikan paus. Pantai yang cetek sangat berbahaya kepada mereka kerana arus laut yang kuat dapat menarik mereka ke tepian menyebabkan mereka terdampar.

Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...