Monday, December 16, 2019

Petua Perangkap Serangga Pemusnah Yang Senang Dan Boleh Dibuat Di Rumah

petua perangkap serangga pemusnah yang senang dan boleh dibuat di rumah
Setiap rumah di dunia ini pasti mengalami masalah serangga pemusnah pada satu-satu ketika. Serangga seperti lipas, semut, dan lalat sebenarnya boleh disingkirkan menggunakan petua-petua mudah ini menggunakan barang-barang yang anda boleh dapatkan di rumah anda,

Perangkap lipas
Tempat anda dibanjiri dengan kerumunan lipas yang sangat menjijikkan? Mungkin kereta anda juga mempunyai masalah yang sama. Apa yang anda boleh buat adalah membuat campuran perangkap yang terdiri daripada merjerin, minyak masak dan susu pekat manis. Campurkan bahan tersebut dan biarkan semalaman. Anda akan terkejut dengan keberkesanan perangklap mudah.

 

2. Perangkap lalat

Lalat adalah serangga perosak yang paling menjengkelkan. Apa yang anda perlu buat adalah cari bekas yang bermuncung tirus dan berbadan besar. Kemudian, masukkan cuka atau cuka sider epal bersama potongan epal. Mudah! Dan lihat para lalat mengerumuninya dan langsung terperangkap di dalamnya.
petua perangkap serangga pemusnah yang senang dan boleh dibuat di rumah

 

3. Spray untuk tumbuhan anda

Bagi mereka yang mempunyai kebun kecil atau pokok-pokok kecil yang ditanam di sekeliling rumah, mungkin anda boleh mencuba tips ini untuk mengelakkan serangan serangga perosak ini. Seperti sestengah daripada kita, serangga-serangga ini tidak suka benda-benda pedas. Apa yang anda boleh buat adalah rebuskan 3 sudu kepingan cili atau 10 batang cilio segar yang dihiris nipis di dalam satu gelen air sehingga mendidih. Sejukkan, dan biarkan selama 24 jam sebelum tapis dan masukkan ke dalam botol spray yang kosong. Anda boleh spraykan ke pokok-pokok anda untuk mengelakkan kumbang atau serangga perosak. Jangan sampai ter-spray mata sesiapa sudah.

 

4. Garlic-mint spray

Satu lagi resipi spray yang berkesan untuk menghalau serangga pemusnah daripada kebun anda. Ambil daun pudina dan bawang putih. Kisarkan ia sehingga halus dan masukkan sedikit cili dan cecair pembasuuh pinggan. Rebus campuran tersebut dan biarkan ianya sejuk semalaman. Maka terciptalah penyembur serangga perosak yang efektif dan organik!
petua perangkap serangga pemusnah yang senang dan boleh dibuat di rumah

 

5. Pembunuh semut

Nak tahu cara senang nak bunuh semut? Campurkan setengah cawan gula, bersama satu cawan air suam dan 2 sudu boraks. Boraks adalah serbuk putih yang biasa dicampurkan ke bahan pencuci untuk menbahkan kesan pencucian. Anda boleh dapatkannya di kedai-kedai.
petua perangkap serangga pemusnah yang senang dan boleh dibuat di rumah

 

Sumber: Huffpost

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...