Wednesday, December 18, 2019

Mitos-Mitos Kesihatan Yang Kita Semua Ingatkan Betul. Tipah Tertipu!

Terdapat banyak mitos-mitos tentang kesihatan yang kita percaya bulat-bulat sebenarnya tidak benar dan telah ditokok tambah. Kalau kita cari maklumat menggunakan Google sahaja pun kita sudah boleh dapat tahu banawa ianya tidak betul.
Mari kita lihat mana satu mitos yang kita masih ‘ter’percaya.

1. Mitos: Vaksin boleh menyebabkan jangkitan flu (dan autism)

mitos-mitos kesihatan yang kita semua ingatkan betul. tipah tertipu!
Vaksin yang disuntik kepada badan manusia terutamanya kanak-kanak mungkin kaan mendatangkan tindak balas yang kecil seperti demam, tatapi ianya tidak akan memudaratkan pesakit.
Fitnah mengenai vaksin mendatangkan sakit autism ini bermula dengan satu jurnal pada tahun 1998. ‘Kajian’ tersebut hanya mengambil kira 8 (ya, lapan) pesakit sahaja dan hanya bertunjangkan prasangka dan bukan keadah saintifik yang betul. Banyak kertas-kertas kajian telah dibuat bagi menidakkan dakwaan tersebut termasuk kajian yang dibuat oleh The New England Journal of Medicine yang mengambil kira 530,000 kanak-kanak dan tidak menjumpai sebarang kaitan antara autism dan vaksinasi.

 

2. Mitos: Cuaca yang sejuk menyebabkan anda sakit

Kepercayaan ini sentiasa ada di mana sahaja anda pergi di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, kajaian menunjukkan bahawa cuaca atau suhu yang lebih rendah tidak menyebabkan anda lebih mudah untuk dijangkiti penyakit. Anda mungkin akan merasakan simptom-simptom untuk demam atau selesema, tetapi tidak semestinya dijangkiti virus selesema.
mitos-mitos kesihatan yang kita semua ingatkan betul. tipah tertipu!

 

3. Mitos: Kita hanya menggunakan 10% daripada otak kita

Banyak ‘pakar’ motivasi atau pelatih-pelatih menggunakan ‘fakta’ ini bagi mendorong semangat peserta. Namun, sebenarnya ianya hanyalah mitos. Otak kita berfungsi sepenuhnya dalam setiap apa yang kita lakukan, sama ada ketika berfikir, bercakap, melakukan aktiviti fizikal, ataupun semasa tidur. Ya, kita gunakan juga otak kita ketika tidur.
mitos-mitos kesihatan yang kita semua ingatkan betul. tipah tertipu!

 

4. Mitos:  Kanak-kanak akan menjadi hyper atau terlebih rancak jika kita berikan mereka makanan bergula

Kenyataan ini tidak benar sama sekali. Satu kajain menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberikan gula dan tidak diberikan gula menunjukkan reaksi yand sama dan tidak yang terlebih ‘gembira’.
mitos-mitos kesihatan yang kita semua ingatkan betul. tipah tertipu!

 

5. Mitos: Kalau tertelan gula-gula getah ia akan tersekat di dalam perut selama 7 tahun

Walaupun kandungan di dalam gula-gula getah mengandungi bahan-bahan yang tidak boleh dicernakan, ia tidak bermaksud ia akan tersekat di dalam badan kita. Badan kita akan sentiasa membuang bahan-bahan yang tidak diperlukan atau yang tidak boleh dicernakan daripada badan kita.
mitos-mitos kesihatan yang kita semua ingatkan betul. tipah tertipu!

 

6. Mitos: Kita perlu minum 8 gelas air sehari

 Mitos ini dikatakan bermula daripada kenyataan jawatankuasa makanan dan nutrisi pada tahun 1948 di mana mereka mencadangkan supaya kita perlukan 2.5 liter air sehari yang membawa kepada lebih kurang 8 gelas air. Tetapi kebanyakan media mengambi kenyataan tersebut bulat-bulat walhal, penerangan lanjutnya adalah kandungan air itu termasuk air yang kita dapat daripada makanan yang kita makan.
mitos-mitos kesihatan yang kita semua ingatkan betul. tipah tertipu!

 


Sumber: LiveScience

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...