Sudah hujung tahun ini, pasti ramai yang berkunjung dan bertandang ke rumah. Apa kata anda hidangkan mereka sesuatu yang istimewa, seperti Puding Coklat hasil resipi cef cilik Danish Harraz ini! Pasti tetamu anda takjub dengan kebolehan anda. Bolehlah menunjuk kepakaran anda sedikit!
This is my favourite Chocolate Pudding kerana Danish tak suka tekstur Choc Pudding yg terlalu lembik. Sangat sesuai untuk disediakan utk party. Letak dalam bekas kecil supaya senang kanak-kanak makan atau dijadikan aktiviti dengan anak-anak didapur (dengan bantuan parents)🤗 pic.twitter.com/TxsLxRRson— Danish Harraz🤠🇲🇾 (@Danish_Harraz) December 22, 2019
Mari kita lihat resipi yang dikongsikan di laman Facebook adik Danish ini, Danis’s Red Kitchen.
Bahan-bahan:
1 liter susu segar
2 cawan cip soklat susu
2 seudu besar serbuk koko
3 sudu besar gula pasir
¼ sudu the garam halus
½ sudu the essen vanilla
1 sudu besar tepung jagung
1 bungkus (10 gram) serbuk agar-agar
Cara-caranya:
- Dalam mangkuk yang besar, campurkan tepung jagung dan serbuk koko dengan sedikit susu segar. Kacau hingga ianya tidak berketul.
- Tuang campuran tersebut ke dalam periuk bersama lebihan susu segar tadi bersama gula, cip coklat, garam, essen vanilla, dan serbuk agar-agar.
- Kacau sehingga semuanya sebati dan tidak berketul.
- Hidupkan api dengan sederhana.
- Setleah beberapa minit, dan campuran tadi agak panas, kecilkan api dan teruskan kacau sehingga adunan menjadi pekat.
- Apabila bancuhan puding tadi mula mendidih, tutup api dan tuangkannya ke dalam bekas atau acuan yang sesuai. Biarkan sejuk unutk sementara waktu sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk.
Sedikit peringatan daripada adik Danish ini adalah jangan sesekali memasak puding dengan api yang besar, atau membiarkan adunan mendidih dengan tempoh yang lama. Ia akan menjadikan puding anda keras.
Sumber: Facebook
No comments:
Post a Comment