Monday, December 23, 2019

Tips Bagi Mengurangkan ‘Monday Blues’

tips bagi mengurangkan ‘monday blues’
Sekali lagi, berlalu sudah hujung minggu, dan datang semula hari isnin di mana kebanyakan daripada kita mula bekerja. Bagi anak-anak, sekrang ini masa mereka bergembira kerana cuti skolah masih berjalan. Mereka boleh tidur lambat, bangun lambat, tida kerja sekolah. Aaah… alangkah indahnya dunia kalau kita tidak perlu bekerja.
Sekiranya anda berasa tekanan, atau sangat peant pada hari Isnin, terdapat satu fenomena yang dipanggil ‘Monday Blues’. Mungkin tidak semua orang akan merasakan kesedihan di dalam tapak pertama memasuki pejabat pada pagi Isnin, tetapi, situasi ini boleh jelas dilihat di sekeliling kita, di muka rakan-rakan sepejabat kita.
Kenapa sebenarnya kita sangat benci kepada hari Isnin ini? Hari Isnin sentiasa menjadi hari pertama bagi setiap perkara. International Organisation of Standardization (ISO) juga telah meletakkan hari Isnin sebagai pemula kepada hari pekerjaan. Hal ini menyumbang kepada ‘Monday Blues’ terutamanya jika anda berada pada pekerjaan yang anda kurang suka. Bebanan kerja dilihat lebih berat dan momentum untuk memulakan kerja dilihat lebihsusah untuk dimulakan.
Terkadang, ia bukan disebabkan kerja yang kita buat, tetapi dengan siapa kita bekerja. Mungkin ia boss kita, mungkin rakan sekerja kita yang asyik membuat jenaka yang tidak senonoh, atau mungkin ianya makcik pembersih ofis yang terlalu suka untuk bergossip dan menyebarkan cerita yang tidak betul. Oleh kerana kita berjumpa dan berurusan dengan mereka 5 hari dan sekurang-kurangnya 40 jam seminggu, ia dapat menyumbang kepada perasaan yang tidak seronok untuk datang ke tempat kerja. Lebih-lebih lagi pada hari pertama selepas hujung minggu di mana anda tidak perlu berjumpa dengan mereka.
Berikut merupakan sedikit langakah yang mungkin anda boleh cuba untuk aplikasikan bagi mengurangkan ‘Monday Blues’ dan mungkin keadaan pekerjaan anda sekaligus.
  1. Analisa diri. Perkara yang paling mudah adalah untuk menganalisa sendiri, apa yang membuatkan anda berasa tidak puas atau tidak seronok dalam pekerjaan anda sekarang. Tanya diri anda sendiri apa yang anda boleh buat bagi memeperbaiki keadaan anda sekarang.
  2. Senaraikan perkara yang anda sukakan tentang pekerjaan anda. Hal ini dapat menaikkan semangat anda dalam melengkapkan pekerjaan harian anda.
  3. Asingkan hujung minggu anda daripada kerja. Hal ini berkaitan dengan leseimbangan hidup peribadi dan kerja anda. Cuba sedaya upaya untuk tinggalkan segala urusan kerja sewaktu anda keluar daripada pejabat pada petang Jumaat.
  4. Fokus kepada tenaga yang positif. Kurangkan fokus kepada perkara yang anda benci, atau situasi yang kurang ideal. Dengan menumpukan perhatian anda keada perkara yang positif, ia dapat memeperbaiki keadaan emosi anda sewaktu bekerja.
  5. Kurangkan sedikit senarai tugasan untuk hari Isnin. Kita sudah tahu yang hari Isnin adalah hari yang ramai akan berasa lesu. Kita kurangkan sedikit senarai perkara yang perlu dibuat. Tetapi ini bukanlah lasan untuk anda mencuri tulang dan mengurangkan kadar produktiviti dalam pekerjaan anda.
Sumber: Educba

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...