Monday, December 30, 2019

Fakta Di Sebalik Tabiat Menipu Manusia

fakta di sebalik tabiat menipu manusia
Secara fitrahnya setiap orang menipu. Para pengkaji berkata manusia seringkali menipu terutamanya ketika kita berjumpa dengan orang yang baru. Terkadang kita tak perasan pun.
Mungkin kita boleh gunakan ilmu ini untuk keguanaan seharian. Contohnya, bagi para majikan, elakkan buat temu duga pada waktu tengah hari supaya calon kurang menipu dalam menjawab soalan.
Terdapat banyak faktor seseorang itu akan tergerak untuk menipu. Jawapannya adalah segalanya. Setiap orang akan menipu untuk perkara yang berlainan. Duit, kasih sayang, untuk menyakiti seseorang. Kita juga, sebagai manusia, akan mula menipu apabila keayakinan kita terancam! Kita sebagai manusia secara umumnya sangat suka untuk memikirkan apa yang orang akan kata terhadap kita.
Sebab itu, kajian menunjukkan manusia akan lebih selesa menipu kepada rakan sekerja kita daripada orang yang kita tidak kenali. Hal ini kerana kita mahu kelihatan baik di hadapan orang yang lebih rapat dengan kita.
Kajian menunjukkan tiada perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam berapa banyak mereka menipu. Tetapi jantina mempengaruhi topik penipuan. Orang lelaki biasanya menipu untuk kelihatan diri mereka bagus dan hebat, manakala bagi kaum hawa menipu untuk tidak mengguris hati orang lain.
Tabiat menipu sebenarnya boleh dikesan sejak umur kita kurang setahun lagi. Ia ibarat fitrah semula jadi manusia. Kanak-kanak kecil tahu menipu sebelum mereka pandai bercakap lagi. Bayi akan menangis tanpa sebab hanya kerana inginkan perhatian.
Bercakap tentang kanak-kanak, terdapat satu kajian yang menarik yang menunjukkan bahawa kanak-kanak yang lebih tua akan menipu untuk kebaikan sesuatu kumpulan daripada kanak-kanak yang lebih muda
Kita selalu juga dengar bahawa ada orang yang boleh ‘baca’ riak wajah orang yang menipu. Kajian menunjukkan bahawa hal ini tidak benar. Manusia tidak memberikan ‘tanda-tanda’ yang jelas ketika menipu. Setiap orang akan menunjukkan reaksi atau tanda-tanda yang berbeza apabila menipu, contohnya, perubahan nada suara, pergerakan tangan atau kelipan mata. Jadi, ianya sangat sukar untuk betul-betul menentukan seseorang itu menipu.
Sumber: WebMD

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...