Monday, January 13, 2020

Topik Perbincangan Yang Kurang Sesuai Ketika Berjumpa Kawan Lama

topik perbincangan yang kurang sesuai ketika berjumpa kawan lama
Semakin kita melangkah dewasa, semakin sibuk hidup kita. Terkadang kawan yang kita selalu bergosip, dan lepak di kafeteria sewaktu zaman persekolahan, telah lama kita tidak berjumpa. Setiap orang teah menjalani jalan kehidupan sendiri yang mungkin tidak berkitar dalam bulatan yang sama.
Walaubagaimanapun, sekali kala terdapat majlis-majlis yang diraikan di mana kita akan berjumpa dengan kawan-kawan lama yang mungkin telah bertahun kita tidak berjumpa. Acara seperti majlis perkahwinan, rumah terbuka sesuatu perayaan atau majlis makan-makan biasanya menjadi titik perjumpaan semula sahabat handai yang mungkin sudah lama tidak berjumpa.
Terkadang kita terputus hubungan dan kurang mengetahui tentang perkembangan hidup kawan kita. Hal ini mendesak rasa ingin tahu seiringan boleh menjadi topik perbualan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang anda perlu elakkan demi menjaga perasaan dan keselesaan kawan kita, walau serapat manapun hubungan anda bersama satu ketika dahulu.

 

#1 Perubahan bentuk/berat badan

Perkara ini seakan-akan telah menjadi perkara biasa sebagai pembuka bicara. Sesetengah orang mungkin tidak mengambil endah, tetapi isu ini adalah satu isu yang sensitf yang mungkin boleh membawa kepada ketidakselesaan pihak yang diajukan soalan tersebut. Lebih baik elakkan topik ini.

 

#2 Perihal hubungan romantik peribadi

Kita telah memeasuki tahun 2020. Isu perkahwinan atau pasangan hidup sepatutnya sudah tidak menjadi isu kerisauan utama seseorang. Semakin ramai individu yang lebih selesa untuk menjalani hidup mereka sepenuhnya tanpa merisaukan perihal percintaan. Mungkin terdapat trauma emosi yang pernah berlaku satu masa dahulu yang tidak kita ketahui. Sekiranya mereka tidak mula untuk berkongsi bersama anda, anda tidak perlu busybody.

 

#3 Membawang mengenai orang lain

Ya, semua oraang bergosip. Tidak banyak sedikit. Sekiranya anda merupakan Makcik atau Pakcik Bawang Tersohor di Malaysia ini, pilihlah masa yang sesuai dan juga individu yang sesuai untuk bergosip. Tidak semua orang selesa mendengar cerita buruk tentang individu lain. Mungkin simpan kebawangan anda untuk sesi minum kopi di kedai mamak.

 

#4 Membuat lawak jenaka yang kurang sesuai

Semua majlis akan menjadi lebih ceria dengan gelak tawa tetamu dan juga situasi-situasi yang menggeletek urat sendi ketawa kita. Walaubagaimanapun, sekiranya anda dinobatkan sebagai pelawak terbaik kategori berpasangan antara negara Asia pasifik 218 sekalipun, anda perlu mengetahui had dan batas sendaan anda. Pastikan gelak tawa anda bersama orang lain dan bukan mengenai orang lain.

 

#5 Jangan jadi Drama Queen

Ya, kami tahu bahawa hidup anda penuh dengan kebahagiaan dan keterujaan berganda. Kamulah insan yang mempunyai segala keindahan alam dan segala isinya. Mungkin anda baru sahaja menang pertandingan pertandingan Pidato Beregu Campuran Peringkat Negara-negara Bersatu, dan anda ingin berkongsi kegembiraan anda. Silakan! Tetapi jangan sampai anda terlalu asyik bercerita kisah anda kepada setiap makhluk yang bernafas di majlis tersebut seolah-olah, majils cukur jambul anak pertama rakan sekelas anda itu dibuat untuk anda mengumumkan kejuaraan anda. Ketahuilah tetamu-teamu yang lain akan memberikan makian senyap kepada anda secara berjemaah.

 

 Secara tuntasnya, kita perlulah menjaga adab kita sebagai tetamu dan juga kawan. Mungkin terkadang kita menjadi terlalu teruja. Sentiasa utamakan kesederhanaan.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...