Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Friday, April 30, 2021

Sesuai Untuk Moreh Nanti, Kopi Ais Paling Kaw!

 Siapa yang coffee lover tu, mesti geram kan tak dapat nak enjoy minum kopi masa bulan puasa ni. Jadi, apa kata buat kopi paling kaw untuk berbuka nanti, kalau bukan untuk berbuka untuk moreh pun boleh! Pekat, manis dan rasa lemak yang cukup, memang rasa dahaga akan hilang. Sekali minum confim akan nak lagi!

sesuai untuk moreh nanti, kopi ais paling kaw!

Kalau nak bancuh kopi ais kaw yang macam ini, ada sukatan dan bancuhannya tersendiri. Hasilnya tak akan mengecewakan, mungkin tak dapat minum kat kafe!

Bahan-bahan
2 sudu besar serbuk kopi premium (pilih roasted sederhana)
1 cawan susu cair
½ tin susu pekat manis
½ cawan air
Ketulan ais

Cara- cara nak bancuh
1. Reneh ½ cawan air biar mendidih.Tutup api. Masukkan 2 sudu besar serbuk kopi pilihan. Biarkan 3 - 4 minit. Tapis tuang masuk dalam jug. 
2. Isi 1 cawan susu cair dan ½ tin susu pekat manis. Kacau dan tambahkan ais. Tak perlu tambah air.

sekali minum memang akan nak lagi! cara buat kopi ais paling kaw! 
3. Biarkan air ais turun. Simpan dalam freezer. Ini sukatan untuk 1.6 liter.

sekali minum memang akan nak lagi! cara buat kopi ais paling kaw!
4. Dan ini hasilnya!

sekali minum memang akan nak lagi! cara buat kopi ais paling kaw!

Selamat mencuba ya!

Sumber: Vanilla Kismis

Thursday, March 18, 2021

Tak Perlu Nak Agak-Agak Sukatan Nasi Lemak Kalau Nak Berniaga, Haaa Ikut Tips Ni!

Kalau jumpa orang berniaga nasi lemak, mesti akan rasa sambalnya dulu. Kalau sedap, memang ramai akan sanggup beratur. Tapi nasi lemak, mesti akan teragak-agak sukatan bila nak masak dalam jumlah yang banyak.

tak perlu nak agak-agak sukatan nasi lemak kalau nak berniaga, haaa ikut tips ni!

Haaaaa, tak perlu risau dah. Ini sukatan yang paling best kalau nak masak nasi lemak. Boleh la ikut tips ini kalau niat nak berniaga.

Ini sukatan untuk 30-40 orang makan & 55-60 orang makan

tak perlu nak agak-agak sukatan nasi lemak kalau nak berniaga, haaa ikut tips ni!

Sukatan(30-40 orang makan)

  • 3 kg beras
  • 1 kg santan
  • 3 liter air
  • 3 sudu besar garam

tak perlu nak agak-agak sukatan nasi lemak kalau nak berniaga, haaa ikut tips ni!

Sukatan(55-60 orang makan)

5 kg beras

1 1/2 kg santan

5 liter air

5 sudu besar garam

tak perlu nak agak-agak sukatan nasi lemak kalau nak berniaga, haaa ikut tips ni!

Haaaa! Jangan lupa pula daun pandan. Bagi tambah rasa nasi lemak tu dan bau harum wangi! Sedapnya!

Selamat mencuba!

Sumber: Fazniza Razali

Friday, December 4, 2020

Resepi Brownies Gunakan Sukatan Cawan. Mesti Jadi!

Siapa yang teringin nak makan brownies tapi takut sukatan tak betul. Boleh cuba resepi ini. Gerenti jadi!

resepi brownies gunakan sukatan cawan. mesti jadi!

Bahan-bahan:

  • 125 gram butter (1 butter potong 2)
  • 1 ½ blok coklat beryls (dark chocolate)
  • 3 biji telur
  • ½ cawan gula perang (kalau tak nak manis, kalau nak manis boleh letak 1 cawan)
  • ¾ cawan self rising flour

Cara-cara memasak:

1. Cairkan butter dan coklat bersama.

resepi brownies gunakan sukatan cawan. mesti jadi!

2. Masukkan coklat yang dicairkan tadi dalam bekas yang ada telu dan gula tadi (kacau dulu) pastikan masukkan coklat ketika masih panas.

resepi brownies gunakan sukatan cawan. mesti jadi!

3. Akhir sekali, masukkan ¾ cawan self-rising flour. Kacau sehingga sebati.

resepi brownies gunakan sukatan cawan. mesti jadi!

4. Lapik loyang 8x8 dengan baking paper.

5. Tuangkan adunan dan masukkan dalam oven pada suhu 140-150 darjah celcius yang dipanakan seketika. Bakar selama 50 minit-1 jam.

resepi brownies gunakan sukatan cawan. mesti jadi!

6. Dan siap!

resepi brownies gunakan sukatan cawan. mesti jadi!

Mudah kan? Selamat mencuba!

Sumber: Azlina Ina

Saturday, October 17, 2020

Terliur Pula Tengok! Fuh! Mudah Rupanya Nak Buat Roti Inti Carbonara Ni!

 Hujung minggu ni, mungkin ada yang jemu dengan hidangan menu nasi berlauk dan ingin mencuba sesuatu yang baru.

Haa, tak perlu pening kepala kerana anda boleh mencuba resipi yang mudah dan paling penting sedap ini iaitu roti inti kuah carbonara.


nampak sedap, mudah je nak buat roti inti carbonara ni

Bahan-bahan:

1 biji bawang holland (1 holland onion)

200g isi ayam cincang (200g ground chicken)

2 tin kecil sos carbonara (2 small can carbonara sauce)

1/2 cawan susu segar (1/2 cup fresh milk)

Roti sandwich (sandwich bread)

Cara-caranya

A. Kuah Carbonara

1. Tumiskan satu biji bawang holland.

2. Masukkan isi ayam yang telah dicincang dan tumis sehingga garing sedikit.

3. Masukkan dua tin kecil sos karbonara.

4. Masukkan setengah cawan susu segar.

5. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam bekas atau tupperware.

nampak sedap, mudah je nak buat roti inti carbonara ni

B. Roti Goreng:

1. Lenyekkan roti.

2. Letakkan inti carbonara tadi.

3. Lapiskan dengan satu lagi kepingan roti.

4. Tekap roti menggunakan cawan.

5. Pastikan minyak telah betul-betul panas dan goreng.

nampak sedap, mudah je nak buat roti inti carbonara ni

nampak sedap, mudah je nak buat roti inti carbonara ni

Tonton video dari Khairul Aming ini untuk lebih jelas:

Tuesday, May 26, 2020

Resepi Brownies Gunakan Sukatan Cawan. Mesti Jadi!

Siapa yang teringin nak makan brownies tapi takut sukatan tak betul. Boleh cuba resepi ini. Gerenti jadi!
resepi brownies gunakan sukatan cawan. mesti jadi!
  • 125 gram butter (1 butter potong 2)
  • 1 ½ blok coklat beryls (dark chocolate)
  • 3 biji telur
  • ½ cawan gula perang (kalau tak nak manis, kalau nak manis boleh letak 1 cawan)
  • ¾ cawan self rising flour
Cara-cara memasak:
1. Cairkan butter dan coklat bersama.
resepi brownies gunakan sukatan cawan. mesti jadi!
2. Masukkan coklat yang dicairkan tadi dalam bekas yang ada telu dan gula tadi (kacau dulu) pastikan masukkan coklat ketika masih panas.
resepi brownies gunakan sukatan cawan. mesti jadi!
3. Akhir sekali, masukkan ¾ cawan self-rising flour. Kacau sehingga sebati.
resepi brownies gunakan sukatan cawan. mesti jadi!
4. Lapik loyang 8x8 dengan baking paper.
5. Tuangkan adunan dan masukkan dalam oven pada suhu 140-150 darjah celcius yang dipanakan seketika. Bakar selama 50 minit-1 jam.
resepi brownies gunakan sukatan cawan. mesti jadi!
6. Dan siap!
resepi brownies gunakan sukatan cawan. mesti jadi!
Mudah kan? Selamat mencuba!
Sumber: Azlina Ina

Wednesday, April 1, 2020

Resepi Nugget Ayam Mudah Yang Anda Boleh Cuba Di Rumah

Kadang-kadang mahal sebenarnya kita asyik nak beli nugget ayam frozen dekat pasarraya tuh. Nugget ayam ini sangat menguntungkan kalau ada dalam peti sejuk sebab ia boleh jadi snek makan petang yang mudah dan cepat untuk dimasak.
Bila ada dalam fridge, satu manusia pun taknak goreng. Cuba kau goreng? Time ni la adik beradik kau semua tetiba mengidam nak makan.
View image on TwitterView image on Twitter
26.3K people are talking about this
Mari kita berkongsi resipi nugget ayam ‘homemade’ ini yang kami jumpa di laman sosial Facebook.

 

Bahan-bahan:
500gram dada ayam
4 keping roti
1 tsp paprika
1 tsp serbuk lada hitam
1 tsp pes bawang putih
1 tsp pes halia
1 1/2 tbsp kicap cair
Garam
2 biji telur
1 tbsp susu
Serbuk roti

 

Cara-cara membuatnya:
1. Potong daging ayam tadi dalam bentuk dadu yang agak kecil. kita guna dada ayam sebab senang, tiada tulang.
2. Buang kulit tepi roti tadi dan carikkan putih roti ke dalam mesin pengisar makanan. Kisar kering roti tadi sehingga hancur. Pastikan roti dan juga mesin pengisar tadi kering daripada segala kelembapan.
3. Setelah roti hancur, masukkan potongan ayam tadi kedalam mesin pengisar yang sama, dan kisarkan sehingga sebati.
4. Masukkan paprika, serbuk lada hitam, pes halia dan bawang putih, kicap cair dan garam secukup rasa.gaulkan sehingga sebati. Nah. Dah siap doh nugget ayam anda. Kepalkan atau bentukkan doh mengikut kesukaan anda. Bulat ke, segi tiga ke. Ikutlah.
5. Sebagai balutnya, pecahkan telur tadi dan campurkan sedikit susu segar dan gaul sebati. Letak garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.   
6. Celupkan doh nugget yang telah dibentuk tadi ke dalam campuran telur dan kemudian serbuk roti. Kemuudian goreng sehingga keemasan. Dah siap! Kalau anda nak buat frozen, goreng nugget tadi setengah masak, dan setelah sejuk masukkan ke dalam peti beku.
Selamat mencuba!

Sumber: Facebook

Wednesday, March 25, 2020

CARA BUAT LANGOS HOMEMADE - MAKANAN JALANAN SEDAP DARI NEGARA HUNGARY







🥠LANGOS🥠
Bahan bahan
(A)
300ml susu segar suam
2 1/2 sdt instant yis

(B)
500g tepung gandum
1 sdt gula pasir
1 sdt garam halus

(C)
200g kentang - rebus dan lenyek halus

(D)
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Sedikit tepung untuk taburan supaya tidak melekat ketika menggiling

TOPPING
(Boleh guna nutella, srikaya, jem, sambal tumis, cheese)

Cara
Satukan bahan A dan biarkan sehingga yis berbiuh anggaran sepuluh minit.
Kemudian dalam bekas/ mixer bowl satukan bahan B dan C. Gaul sebati.
Tuangkan susu tadi sedikit demi sedikit sehingga sebati dan uli sehingga doh lembut dan elastik.
Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda.
Panaskan minyak dengan api sederhana sementara menunggu doh siap di bulat.
Sediakan papan/ silikon mat dan tabur sedikit tepung. Keluarkan doh dan ratakan dengan tepung tadi dan bulatkan.
Bahagi doh kepada 6 bahagian dan bulat bulatkan.

Giling sedikit doh jangan terlalu nipis sekadar hanya membesar doh sahaja. Kemudian tarik tepi tepi doh terpulang besar mana yang di inginkan dan terus goreng dalam minyak yang telah di panaskan tadi.
Goreng sehingga kuning dan balik kan sebelah sehingga kuning juga.

Angkat dan toskan atas tisu dapur secara menegak supaya tidak menakung minyak. Goreng sehingga habis dan sedia untuk di nikmati.

Sunday, March 22, 2020

Resepi Dalgona Milo, Untuk Bukan Penggemar Kopi


Untuk yang tak suka kopi tapi nak try jugak minuman viral ni, boleh cuba buat Dalgona Milo ni!
Tapi resepi ni gantikan nescafe dengan MILO.
Bahan-bahan: 
  • 2 sudu besar milo
  • 2 sudu gula perang / gula biasa
  • 2 sudu air panas
  • Hujung sudu ovalet
  • Ais
  • Susu segar
Cara-cara:
1. Pukulkan campuran milo, gula, air panas dan ovalet. Pukul menggunakan whisk/mixer sehingga kembang.
2. Letakkan ais, kemudian tuangkan susu.
3. Dan kemudian letakkan campuran milo tadi di atas!
Tips: Ovalet adalah rahsia untuk kembangkan campuran milo tu, kalau tak guna ni, tak jadi ye.

Hiaskan mengikut kreativiti anda!
Boleh lihat contoh mereka yang dah berjaya buat.

Tunggu apa lagi? Jom la cuba!


Sumber: Twitter, Facebook.

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...