Saturday, October 17, 2020

Terliur Pula Tengok! Fuh! Mudah Rupanya Nak Buat Roti Inti Carbonara Ni!

 Hujung minggu ni, mungkin ada yang jemu dengan hidangan menu nasi berlauk dan ingin mencuba sesuatu yang baru.

Haa, tak perlu pening kepala kerana anda boleh mencuba resipi yang mudah dan paling penting sedap ini iaitu roti inti kuah carbonara.


nampak sedap, mudah je nak buat roti inti carbonara ni

Bahan-bahan:

1 biji bawang holland (1 holland onion)

200g isi ayam cincang (200g ground chicken)

2 tin kecil sos carbonara (2 small can carbonara sauce)

1/2 cawan susu segar (1/2 cup fresh milk)

Roti sandwich (sandwich bread)

Cara-caranya

A. Kuah Carbonara

1. Tumiskan satu biji bawang holland.

2. Masukkan isi ayam yang telah dicincang dan tumis sehingga garing sedikit.

3. Masukkan dua tin kecil sos karbonara.

4. Masukkan setengah cawan susu segar.

5. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam bekas atau tupperware.

nampak sedap, mudah je nak buat roti inti carbonara ni

B. Roti Goreng:

1. Lenyekkan roti.

2. Letakkan inti carbonara tadi.

3. Lapiskan dengan satu lagi kepingan roti.

4. Tekap roti menggunakan cawan.

5. Pastikan minyak telah betul-betul panas dan goreng.

nampak sedap, mudah je nak buat roti inti carbonara ni

nampak sedap, mudah je nak buat roti inti carbonara ni

Tonton video dari Khairul Aming ini untuk lebih jelas:

No comments:

Post a Comment

Nak mula jana income pasif dengan Honeygain?

       Baru nak mula dengan Honeygain? 1️⃣ Install Honeygain di phone / laptop 2️⃣ Login → biarkan app running di background 3️⃣...