Wednesday, April 1, 2020

Resepi Nugget Ayam Mudah Yang Anda Boleh Cuba Di Rumah

Kadang-kadang mahal sebenarnya kita asyik nak beli nugget ayam frozen dekat pasarraya tuh. Nugget ayam ini sangat menguntungkan kalau ada dalam peti sejuk sebab ia boleh jadi snek makan petang yang mudah dan cepat untuk dimasak.
Bila ada dalam fridge, satu manusia pun taknak goreng. Cuba kau goreng? Time ni la adik beradik kau semua tetiba mengidam nak makan.
View image on TwitterView image on Twitter
26.3K people are talking about this
Mari kita berkongsi resipi nugget ayam ‘homemade’ ini yang kami jumpa di laman sosial Facebook.

 

Bahan-bahan:
500gram dada ayam
4 keping roti
1 tsp paprika
1 tsp serbuk lada hitam
1 tsp pes bawang putih
1 tsp pes halia
1 1/2 tbsp kicap cair
Garam
2 biji telur
1 tbsp susu
Serbuk roti

 

Cara-cara membuatnya:
1. Potong daging ayam tadi dalam bentuk dadu yang agak kecil. kita guna dada ayam sebab senang, tiada tulang.
2. Buang kulit tepi roti tadi dan carikkan putih roti ke dalam mesin pengisar makanan. Kisar kering roti tadi sehingga hancur. Pastikan roti dan juga mesin pengisar tadi kering daripada segala kelembapan.
3. Setelah roti hancur, masukkan potongan ayam tadi kedalam mesin pengisar yang sama, dan kisarkan sehingga sebati.
4. Masukkan paprika, serbuk lada hitam, pes halia dan bawang putih, kicap cair dan garam secukup rasa.gaulkan sehingga sebati. Nah. Dah siap doh nugget ayam anda. Kepalkan atau bentukkan doh mengikut kesukaan anda. Bulat ke, segi tiga ke. Ikutlah.
5. Sebagai balutnya, pecahkan telur tadi dan campurkan sedikit susu segar dan gaul sebati. Letak garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.   
6. Celupkan doh nugget yang telah dibentuk tadi ke dalam campuran telur dan kemudian serbuk roti. Kemuudian goreng sehingga keemasan. Dah siap! Kalau anda nak buat frozen, goreng nugget tadi setengah masak, dan setelah sejuk masukkan ke dalam peti beku.
Selamat mencuba!

Sumber: Facebook

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...