Hari ini, mari kita kongsi resipi peria katak goreng! Yang tak suka makan sayur pun pasti akan tertawan dengan kelazatan snek rangup ini.
Pertama sekali, apa itu peria katak? Haa. Peria ni adalah spesis peria yang kecil sikit daripada peria biasa. Badannya lebih menggerutu dan kadangkala, bijinya bewarna oren kemerahan.
Kita sediakan dulu perianya. Potong hujung dan pangkal peria ni tadi dan belah dua di tengah. Selepas itu, kita buang isirung peria ni tadi menggunakan bahagian belakang sudu. Kita guna belakang sudu sebab ruang dalam peria ni tak besar mana dan kita nak kekalkan kebulatan peria ni tadi.
Kemudian, kita hiris dia nipis-nipis. Kalau kita malas, bolehlah guna sagat atau ‘mandolin’ bak kata orang Amerika. Nak lagi rangup, hiris bagi lagi nipis.
Macam biasa, kita sediakan tepung untuk menggoreng. Resipi kali ini kita guna tepung bestari dan sedikit tepung beras bersama serbuk perasa. Bancuh bersama air tetapi jangan terlalu cair. Biar ia sedikit pekat supaya ia lekat kepada peria kita tadi.
Akhir sekali, campur peria yang kita hiris tadi dengan bancuhan tepung kita dan goreng sehingga rangup. Toskan dan sedia dihidang!
Selamat mencuba semua!
Sumber: twitter (@HanisHazi)
No comments:
Post a Comment