Monday, November 4, 2019

Guna Ikan Salmon Masak Asam Pedas Johor

Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi satu resepi masakan dari Rusia. Disalin menerusi lama Facebook beliau
Bahan-bahan
3 keping potongan salmon
8 sudu besar cili giling/kisar
8 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
1 kuntum bunga kantan
1 ikat daun kesum
1 batang serai
1 sudu besar belacan
1 sudu besar asam jawa
1 biji tomato
5 batang bendi
Garam dan gula secukup rasa
Dulu saya belajar di Russia selama 7 tahun. Di sana sukar dapatkan ikan merah, kerisi, tuka, tenggiri dan ikan laut yang lain, kecuali Salmon. Ikan sungai yang banyak. Jadi, kalau nak masak asam pedas, kami beli salmon, dan biasanya bahagian kepala. Orang sana tak berapa makan kepala ikan, jadi harganya murah sikit. Dah balik ke Malaysia, saya masih masak asam pedas ikan salmon, dan saya lihat ramai juga orang Malaysia masak asam pedas salmon.
agak-agaknya boleh tambah nasi tak?
Bendi. Saya tak berapa pandai pilih bendi. Kadang-kadang terpilih yang tua. Cuba beri tip sikit macam mana nak pilih. Apapun, tua ke muda, saya baham je.
agak-agaknya boleh tambah nasi tak?
Bawang merah, bawang putih dan lengkuas. Kawan saya ajar, kalau nak bezakan lengkuas ke halia, lihat pada lilitan dia. Kalau lilitan dia hitam, maka itu lengkuas.
“Saya tutup mata pun boleh bezakan lengkuas dengan halia” kata saya.
“Macam mana tu?” dia tanya.
“Pakai hidung.”
Hoi! Nak ajar memasak ke nak bercerita ni?
agak-agaknya boleh tambah nasi tak?
Stok cili kering kisar yang baru dinyah beku. Beli cili kering banyak-banyak. rebus, kisar, simpan bekas kecil kecil, dan bekukan. Nak guna, nyahbeku, dah guna habiskan terus.
agak-agaknya boleh tambah nasi tak?
Kisar bawang merah, bawang putih, lengkuas, cili kisar, belacan, dan kunyit. Kunyit hidup tak ada, jadi pakai serbuk kunyit je lah. Tak nak letak pun tak apa.
agak-agaknya boleh tambah nasi tak?
Tumis baham kisar sampai harum dan pecah minyak. Kalau boleh sampai betul-betul masak dan garing. Garing tu macam mana? Lihat gambar seterusnya.
agak-agaknya boleh tambah nasi tak?
Ha macam ni! Jadi warna gelap sebab bawang-bawang tu semua terkaramel. Jangan sampai ireng geseng pula! Kalau tak faham ireng geseng tu apa, tanyalah mana-mana orang Rusia.
agak-agaknya boleh tambah nasi tak?
Masukkan air sikit, dan campak serai yang dititik. Tak letak pun tak apa.
agak-agaknya boleh tambah nasi tak?
Belah kecombrang’e koyo ngene, then throw in the wok! Fuh! Masih mantap kemahiran saya berbahasa Rusia. Tak nak letak bunga ni pun tak apa. Saya suka, jadi saya letak.
agak-agaknya boleh tambah nasi tak?
Masukkan daun kesum sekali. Dah layu sikit pula daun kesum saya ni. Jangan masukkan tangkai sekali, nanti kena kecam dengan makcik-makcik bawang.
agak-agaknya boleh tambah nasi tak?
Ini pes asam jawa. Jika nak pakai yang berbiji, silakan. Tapi jangan masukkan bininya sekali. Tercekik karang. Niaya!
agak-agaknya boleh tambah nasi tak?
Susun ikan salmon begini. Barulah ikan tak hanyir dan isinya lebih padat. Baru puas bila gigit nanti. OK, saya tipu je. Boleh letak ikan dalam kuali ikut suka hati kalian. Hehe. Kabur pula gambar ni. Lepas ni kena upah jurugambar pengantin setiap kali saya masaklah jawabnya.
agak-agaknya boleh tambah nasi tak?
Masukkan bendi / ladies finger / okra ni! Eh lupa suruh letak garam dan gula. Boleh masukkan sekarang. Jaga-jaga, jangan banyak sangat garam, tadi dah ada belacan.
agak-agaknya boleh tambah nasi tak?
Tada! Siap! Satu potong ikan dah lesap, entah mambang mana curi. Oh ya, hari ni tak ada close up shot. Tak sempat petik gambar, wes entek iwak’e!
agak-agaknya boleh tambah nasi tak?
Sumber : Kamarul Ariffin

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...