Thursday, February 22, 2018

Hafizh Syahrin Cipta Sejarah Jadi Pelumba Malaysia Pertama Sertai MotoGP

hafizh syahrin cipta sejarah jadi pelumba malaysia pertama sertai motogp
Pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah mencipta sejarah apabila menjadi pelumba Malaysia pertama menyertai MotoGP untuk musim penuh tahun ini.
Hafizh yang akan berlumba bersama pasukan Monster Yamaha Tech3 digandingkan bersama Johann Zarco.
"Perlumbaan pertama saya sasarkan untuk mendapat top 20 dan saya akan memperbaiki prestasi saya dalam setiap perlumbaan.
"Bagi saya, kalau saya boleh dapat skor mata sudah bermakna bagi saya dan saya akan terus memperbaiki prestasi saya.
"Saya juga akan cuba serasikan diri dengan jentera Yamaha YZT-M1 secepat mungkin," katanya dalam satu sidang media khas di sini, hari ini.
Penunggang berusia 23 tahun ini dipilih selepas dinilai oleh Pasukan Tech3, selama 3 hari di Buriram, Thailand, pada minggu lalu.
Pengurus Pasukan Tech3. Herve Poncharal dalam satu kenyataan berkata Hafizh telah menunjukkan prestasi baik, dan pihaknya yakin dengan potensi Hafizh sebagai pelumba MotoGP.
"Kami sangat berbangga untuk memberi peluang ini kepada Hafizh. Walaupun pada mulanya kami perlu meyakinkan pihak penaja, namun Hafizh berjaya memenuhi misi di Buriram dengan menunjukkan kebolehannya," kata Poncharal.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC), Datuk Razlan Razalah berkata penyertaan Hafizh pada MotoGP tahun ini adalah satu pencapaian bersejarah dalam industri sukan permotoran negara.

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...