Wednesday, June 15, 2011

Minyak Masak jadi minyak pelincir ?


Nak goreng telur atas enjin kereta ke bang?

Bila perhati betul-betul, biar betul abang ni, guna minyak saji sebagai minyak enjin? 67 orang pengguna di Negeri Sembilan telah menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir enjin kereta mereka.

Minyak masak yang boleh digunakan hanyalah minyak masak dari kelapa sawit sahaja. Minyak jagung,soya dan sebagainya tidak boleh. Ini adalah kerana menurut kajian diaorang minyak kelapa sawit adalah minyak paling sintetik.. !

Orang-orang yang berinovasi seperti ini yang sepatutnya diberi perhatian kerana dengan idea mereka boleh menjimatkan kos dan menaikkan lagi pendapatan komoditi negara.

Kalau betullah pihak berkenaan mesti mengkaji dan mewar-warkannya untuk memajukan lagi industri pertanian kelapa sawit . Apabila luas penggunaannya barulah harga minyak kelapa sawit boleh naik dan anak-anak kampung dan Felda boleh balik kampung potong buah kelapa sawit. Lebih-lebih lagi kesan kegawatan ekonomi industri perkilangan sekarang ini.

Maka menangislah PATI pasal tak boleh cari makan tetapi jangan terperanjat pula bila minyak saji naik harga apabila penggunaannya 2 dalam 1.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Zikir Dan Doa Yang Baik Dibaca Pada Hari Arafah

  Walaupun umat Islam di Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak dapat menghantar jemaah haji ke Tanah Suci, Mekah oleh kerana penularan ...